Kenapa HR Senyum Masa Interview Tapi Tak Panggil Pun Lepas Tu?

Pernah tak lepas keluar dari bilik temuduga, hati kita rasa berbunga? Panel senyum, gelak sikit masa kita jawab soalan, bahkan sempat puji resume kita. Tapi selepas seminggu, dua minggu… masuk bulan kedua pun, masih tiada khabar berita. Tiba-tiba kita mula tertanya – “Eh, bukan ke tadi macam okay je interview tu?”

Situasi ni bukan asing, malah ramai yang pernah rasa. Calon rasa yakin, HR nampak mesra, tapi akhirnya hanya diam seribu bahasa. Kadangkala kita tertanya, adakah salah kita? Adakah kita tak cukup layak, atau sebenarnya jawatan tu sudah ‘ditetapkan’ untuk orang lain?

Sebenarnya, senyuman dan keramahan panel penemuduga tidak semestinya menggambarkan keputusan sebenar. Dalam dunia temuduga, mereka perlu menjaga profesionalisme – walaupun sudah tahu siapa calon pilihan, mereka tetap akan layan semua calon dengan baik dan sopan. Ini adalah sebahagian daripada etika temuduga.

Jadi, untuk elakkan kekecewaan dan salah sangka, jom kita bongkar bersama beberapa sebab kenapa anda tak dipanggil kerja walaupun interview nampak ‘smooth’. Mana tahu, selepas ini anda boleh perbaiki strategi temuduga anda dan tingkatkan peluang untuk berjaya.


1. Senyum Panel = Profesionalisme, Bukan Jaminan

Senyuman atau anggukan panel ketika anda menjawab bukanlah tanda anda diterima bekerja. Ia sekadar menunjukkan mereka menghormati anda sebagai calon. Mereka terlatih untuk kekal mesra, supaya anda rasa selesa dan dapat tunjukkan potensi sebenar.


2. Ada Calon Lain Yang Lebih Tepat Dengan Keperluan

Meskipun anda telah menjawab dengan baik, mungkin ada calon lain yang mempunyai:

  • Pengalaman kerja lebih relevan
  • Kemahiran teknikal tambahan
  • Kelayakan akademik lebih tinggi
  • Skor ujian psikometrik lebih baik

Baca Juga: Pernah Gagal atau Tolak Temuduga SPA? Jangan Risau, Masih Ada Peluang! 


3. Keputusan Bergantung Pada Markah Menyeluruh

Dalam temuduga kerajaan contohnya, keputusan bukan hanya berdasarkan temuduga. Ia dikira secara kumulatif melibatkan:

  • Markah akademik
  • Markah ujian psikometrik atau bertulis
  • Temuduga (biasanya 30-40% daripada jumlah keseluruhan)

4. Faktor Dalaman Yang Tak Kita Tahu

Kadangkala, panel memang ikhlas minat pada anda, tapi:

  • Jawatan ditarik balik
  • Budget jabatan tidak mencukupi
  • Kekosongan diisi oleh calon dalaman (contohnya staf MySTEP)

Artikel Berkaitan: Perlu Ke Jawab Jujur Masa Interview? Ini Jawapan & Sebabnya!


5. Bahasa Tubuh & Sikap Mungkin Beri Kesan

Panel mungkin tidak menunjukkan tanda negatif semasa temuduga, tetapi:

  • Anda mungkin terlalu pasif atau kelihatan tidak yakin
  • Jawapan terlalu ringkas atau terlalu panjang
  • Nampak kurang minat pada organisasi

6. Tiada Tindakan Susulan (Follow Up)

Walaupun bukan wajib, menghantar emel ucapan terima kasih selepas temuduga boleh beri kesan positif. Ia tunjukkan anda benar-benar berminat dengan jawatan tersebut.


Apa Yang Boleh Anda Lakukan?

✅ Semak balik jawapan temuduga anda – adakah cukup mantap?

✅ Kemas kini resume & tambah kemahiran baharu (contohnya melalui kursus percuma online)

✅ Mohon pelbagai jawatan, jangan hanya tunggu satu

✅ Kalau ada peluang kedua (dipanggil lagi), datang dengan persiapan yang lebih rapi

Baca Ini: Resume Mana Patut Dibawa Semasa Temuduga SPA? Ini Jawapan Paling Lengkap Untuk Calon!


Penutup

Temuduga bukan semata-mata tentang menjawab soalan. Ia adalah seni membaca situasi, menyampaikan keyakinan, dan menunjukkan kesesuaian diri untuk jawatan. Walaupun gagal sekali, ia bukan penamat rezeki anda. Teruskan berusaha, perbaiki dari pengalaman, dan bersedia untuk peluang seterusnya.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma