Berapa Harga Kereta Yang Sesuai Dengan Gaji Anda? Ini Cara Pengiraan

Sekarang ni menjadi trend dah masing-masing nak bersaing kereta siapa yang paling mahal. Jangan begitu, setiap orang patut tahu kemampuan diri masing-masing sebelum memilih kereta. Anda berada dalam golongan B40, M40 atau T20?

Ketahui jenis kereta dan berapa harga kereta yang sesuai dengan pendapatan anda! Jangan hanya disebabkan nak kereta yang nampak mahal, anda kesesakan duit setiap bulan dan terpaksa berhutang dengan orang. Kereta yang baik bantu kita jana duit bukan telah banyak duit kita ya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui macam mana pengiraan yang betul untuk tahu harga kereta yang sesuai dengan gaji anda.

CARA PENGIRAAN HARGA KERETA YANG SESUAI DENGAN GAJI

Untuk kehidupan yang selesa, anda disarankan untuk beli kereta dengan harga yang sesuai dengan gaji bulanan anda. Anda boleh gunakan formula berikut untuk kira berapa harga kereta yang sesuai dengan gaji anda:

  • Gaji x 12 = Harga kereta yang sesuai (Kereta kita adalah setahun gaji kita)

Contohnya jika gaji anda RM2,000 didarabkan dengan 12, maka RM24,000.

FORMULA HUTANG KERETA

Kita beli kereta untuk pergi kerja, bukan pergi kerja untuk bayar hutang kereta. Asas kepada hutang kereta yang baik guna formula ini 20 : 7 : 15

  • 20% Deposit sebaiknya
  • 7 tahun maksimum pembiayaan, jangan lebih
  • 15% bayaran kenderaan bulanan daripada gaji

Untuk pembiayaan atau hutang kereta, anda dinasihatkan untuk buat tidak melebihi 15% daripada gaji anda. Contohnya:

  • RM2,000 x 15% = RM300

Kadar hutang bulanan yang baik adalah hanya RM300 sekiranya gaji anda RM2,000. Jika mula lebih dari itu, kenderaan mula jadi bebanan baru dalam hidup kita.

Ada orang gaji RM10,000 bawak Axia bayaran RM250 sahaja sebulan. Tenang tenang sahaja hidupnya. Hanya 2.5% bayar kereta.

Ada orang gaji RM5000, bayar RM1200 Honda Civic sebulan telan 24% dari gajinya buat bayar kereta.

Makin besar kereta kita, makin kecil peluang buat simpanan dan pelaburan buat kita. Peluang nak jalan jalan lihat keindahan Morocco dan Turkie akan sukar jadinya nanti.  Beli kereta yang tak bebankan hidup kita kawan kawan.

Baca juga: Berapa Harga Rumah Yang Layak Untuk Anda Berdasarkan Gaji Bulanan? Rujuk Di Sini

Semoga bermanfaat!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma