Tak Pasti Kerja Apa Yang Sesuai Dimohon? Semak Kemahiran Diperlukan Bagi Jawatan Yang Anda Mahu Di MyFutureJobs
Kurang pasti hendak memilih pekerjaan mana yang sesuai dengan kelayakan atau kemahiran yang anda ada? Kini dengan penambahan “Hala Tuju Kerjaya Saya” di Portal MyFutureJobs, anda boleh melihat kepada pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk memilih pekerjaan idaman anda.
MYFutureJobs iaitu sebuah portal bagi membantu penganggur dan graduan mencari kerja dan menyediakan padanan pekerjaan telah diperkenalkan oleh kerajaan. Kini pencari kerja di Malaysia tidak perlu bimbang lagi jika tersalah pilih jawatan kerana dengan kemudahan “Hala Tuju Kerjaya Saya”, anda pasti mudah untuk memilih pekerjaan yang tepat dengan kemahiran yang anda ada!
Nak tahu macam mana kemudahan “Hala Tuju Kerjaya Saya” berfungsi di MyFutureJobs? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat anda.
Isi Kandungan
PORTAL MYFUTUREJOBS
MYFutureJob adalah satu portal di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Ianya dilancarkan susulan program Penjana Kerjaya iaitu Program Insentif Pengambilan pekerja yang dilancarkan dengan tujuan merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.
PERKESO menggalakkan semua rakyat Malaysia yang menganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah untuk mendaftar di portal ini. Terdapat pelbagai jawatan yang ditawarkan kepada anda pencari kerja di portal MyFutureJobs.
HALA TUJU KERJAYA SAYA
Dengan adanya ciri-ciri yang baru, anda kini boleh mengenalpasti kemahiran-kramhiran yang perlu dimiliki untuk sesuatu pekerjaan. Anda hanya perlu klik pada butang “Hala Tuju Kerjaya Saya” dan lihat pada senarai bersama deskripsi kemahiran yang diperlukan.
DAFTAR MYFUTUREJOBS
Bila dah kenalpasti kemahiran yang diperlukan bagi sesuatu jawatan yang anda nak mohon dan anda ada kemahiran tersebut, anda boleh terus mohon!
Jika anda tiada kemahiran dalam jawatan yang benar-benar diminati, anda boleh sahaja ikuti kursus kemahiran secara online melalui E-Latih HRDF yang menawarkan lebih 200 kursus percuma peningkatan kemahiran kerja.
Bagi pencari kerja yang masih belum daftar laman MyFutureJobs untuk mendapatkan maklumat peluang pelbagai jawatan ditawarkan di seluruh negara, anda boleh daftar sekarang melalui pautan berikut: