Ramai Tak Sedar! Ini Hak Pekerja Sambilan/ Part Time Yang Anda Kena Tahu
Anda pekerja sambilan/ part time? Pasti ramai di antara kita yang pernah bekerja sambilan semasa cuti atau selepas tamat belakang. Walaupun hanya pekerja sambilan, anda kena tahu bahawa tak bermaksud kita tiada hak sebagai seorang pekerja.
Kita selalu dengar mengenai isu hak-hak pekerja dan pelajar latihan industri, namun amat jarang kita dengar tentang soal hak pekerja ‘part-time’. Mereka juga manusia, pastilah ada hak yang perlu dipertahankan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui hak-hak pekerja sambilan/ part time yang anda kena tahu berdasarkan perkongsian seorang pengguna Twitter ini.
Isi Kandungan
SIAPA PEKERJA SAMBILAN/ PART TIME?
Siapa pekerja part-time? Untuk dikelaskan sebagai pekerja part-time, pekerja tu kena:
- kerja melebihi 30% tapi kurang dari 70% jam kerja pekerja biasa.
Contoh, dalam syarikat Y, pekerja biasa kerja 8 jam. Manakala Ali sebagai pekerja part-time dalam syarikat Y, waktu kerja biasa dia adalah antara 3 – 5 jam sahaja (lebih kurang).
10 HAK PEKERJA SAMBILAN/ PART TIME
Berikut adalah beberapa fakta penting berkenaan hak pekerja sambilan/ part time yang anda kena tahu:
Akta Kerja 1955
Selain Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 juga terpakai kepada pekerja part-time.
Bayaran Over Time (OT)
Pekerja part-time boleh dapat bayaran OT kalau dia kerja lebih dari jam bekerja pekerja biasa. [Peraturan 5(1)]
Kita ikut contoh Ali dalam syarikat Y tadi. Kalau Ali kena kerja extra 2 jam, maksudnya jumlah jam dia kerja hari tu 7 jam. Extra 2 jam tu akan dibayar sama dengan gaji sejam biasa dia.
Tapi kalau dia kena kerja extra 5 jam, maksudnya jumlah jam dia kerja hari tu 10 jam, lebih dari 8 jam waktu kerja pekerja biasa. Extra 2 jam tu Ali akan dibayar dengan kadar 1.5 dari gaji sejam biasa dia.
7 Hari Cuti Umum Berbayar
Pekerja part-time berhak untuk dapat minimum 7 hari cuti umum berbayar. [Peraturan 6(1)].
Cuti Tahunan
Cuti Tahunan (Annual Leave)[Peraturan 7(1)]:
- Kerja lebih setahun tapi kurang 2 tahun: 6 hari
- Kerja lebih 2 tahun: 8 hari
- Kerja lebih 5 tahun: 11 hari
Jika Pekerja Diberhentikan
Jika pekerja part-time diberhentikan, majikan wajib bayar cuti tahunan yang masih belum digunakan, kecuali jika pekerja dipecat sebab salah laku. [Peraturan 7(4)].
Cuti Sakit Berbayar
Cuti Sakit berbayar. 15 [Peraturan 8(1)]
- Kerja kurang dari 2 tahun: 10 hari
- Kerja lebih dari 2 tahun tapi kurang 5 tahun: 13 hari
- Kerja lebih 5 tahun:
Double Pay Bekerja Pada Hari Cuti Rehat
Jika pekerja part-time kena kerja pada Hari Rehat, dia mesti dibayar gaji sebanyak 2 hari untuk hari tersebut. [Peraturan 9(2)].
Tidak Boleh Diberhentikan Tanpa Alasan
Seperti pekerja tetap, pekerja part-time juga tidak boleh diberhentikan oleh majikan tanpa alasan yang kukuh.
Jika diberhentikan secara tidak adil, pekerja part-time juga berhak untuk buat aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) untuk kes pembuangan kerja tidak adil.
Jika majikan gagal patuhi Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 dan didapati bersalah, majikan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000.