Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa Buat Pegawai Pendidikan Tinggi Dibuka
Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa (SB) kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pengajian Tinggi yang sedang mengikuti pengajian secara SEPARUH MASA di peringkat Sarjana dan Ph.D di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara.
Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti seperti diiklankan.
Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan HLPSB di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa (SB) untuk mengikuti pengajian bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:
- 25 Ogos 2022 hingga 8 September 2022
SYARAT KELAYAKAN
Pegawai yang memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Pada 31 Disember 2021, pegawai mestilah berumur tidak lebih daripada 45 tahun bagi pengajian peringkat kedoktoran (Ph.D) dan 50 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana;
- Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
- Telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) (gred 41 dan ke atas dan lantikan selewat-lewatnya 1 Jun 2020) pada tarikh tutup permohonan;
- Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun skim perkhidmatan terkini secara berturutturut (2018, 2019 & 2020). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana yang baik bagi pengajian peringkat PhD (pencapaian CGPA minimum 2.5);
- Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;
- Telah menerima tawaran dan memulakan pengajian di peringkat Sarjana atau Ph.D pada Tahun 2021 secara separuh masa di mana-mana IPTA tempatan, Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Petronas atau Universiti Tenaga Nasional
ATAU
Sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau Ph.D pada Tahun 2021 secara separuh masa di mana-mana IPTA tempatan, Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Petronas atau Universiti Tenaga Nasional dengan syarat masih mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya tiga (3) semester pada September 2021; - Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan tugas pegawai dan diperlukan demi kepentingan perkhidmatan;
- Tidak menerima sebarang bentuk penajaan daripada mana-mana badan penaja lain;
- Telah mengisytiharkan harta (termasuk pengisytiharan harta tambahan) dalam tempoh lima tahun kebelakangan
- Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman PTPTN atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP);
- Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
- Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal) dan hendaklah dimuatnaik ke dalam sistem permohonan. Kulit depan kertas cadangan hendaklah mematuhi format seperti yang telah disediakan.
PERINGKAT PENGAJIAN DITAJA
Tawaran dibuka bagi Peawai Pendidikan Pengajian Tinggi dibuka bagi calon yang bakal mengikuti pengajian peringkat berikut:
- Peringkat Sarjana
- Peringkat Ph.D
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara atas talian di portal eSila, JPA melalui pautan berikut:
Permohonan dibuka mulai 25 Ogos 2022 hingga 8 September 2022.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani sebelum dihantar kepada Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan masing-masing. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama-sama dengan borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Surat Tawaran kemasukan ke institusi secara separuh masa/ pengajian jarak jauh / kursus luar kampus
- Salinan slip pendaftaran/surat pengesahan pendaftaran kemasukan ke institusi
- Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip)
- Salinan Ijazah Sarjana atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transrip)
- Salinan Senarai Tugas
- Salinan kelulusan melanjutkan pengajian daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan
- Borang Maklumat Ringkas Pengajian
Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses.
Dapatkan lampiran dan dokumen-dokumen berkaitan di sini:
LAMPIRAN & MAKLUMAT HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA