Permohonan Geran Usahawan Bangsa Johor Dibuka, Terima Bantuan Mesin Peralatan Sehingga RM10,000

Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) menawarkan bantuan geran perniagaan sehingga RM10,000.00 menerusi Geran Usahawan Bangsa Johor (GUBJ 2023). Sekiranya berminat untuk memohon, dapatkan maklumat lanjut mengenai butiran syarat permohonan dan kluster yang ditawarkan.

Program Geran Usahawan Bangsa Johor 2023 (GUBJ) merupakan kesinambungan daripada GOL 3.0 adalah sepenuhnya milik Kerajaan Negeri Johor dan dilaksanakan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Geran Usahawan Bangsa Johor 2023 dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 15 Januari hingga 6 Februari 2023

KLUSTER PEMOHON

Permohonan adalah terbuka kepada kluster berikut:

  • Pemprosesan Makanan & Minuman
    Merangkumi pembuatan makanan dan minuman termasuk perniagaan katering dan penjaga jalanan (penjaja)
  • Pengurusan Acara
    Merangkumi bidang pengurusan acara dan seni kreatif seperti pemuzik jalanan atau band yang berdaftar
  • Pendidikan
    Merangkumi bidang perkhidmatan yang berkaitan pendidikan seperti pusat asuhan dan tadika
  • Automotif
    Merangkumi bidang perkhidmatan kenderaan bermotor seperti bengkel motorsikal dan bengkel kereta
  • Gunting Rambut
    Mernagkumi bidang perkhidmatan dandanan rambut
  • Percetakan
    Merangkumi bidang perkhidmatan percetakan

SYARAT PERMOHONAN

Pemohon mestilah berkelayakan seperti berikut:

  • Penduduk Tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Johor sekurang kurangnya 5 tahun berturut-turut
  • Berumur 18 hingga 65 tahun semasa memohon
  • Mempunyai premis perniagaan atau bengkel atau ruang khas di dalam rumah yang beroperasi di dalam Negeri Johor.
  • Syarikat yang BELUM PERNAH menerima mana-mana bantuan Kerajaan Negeri Johor dalam tempoh 2 tahun.
  • Telah menjalankan perniagaan selama 6 bulan dan ke atas mengikut tarikh pendaftaran SSM.
  • Mengemukakan salinan penyata akaun syarikat untuk 1 bulan terkini atau 1 bulan penyata akaun simpanan peribadi.
  • Menyertakan gambar premis, bengkel atau ruang khas bagi perniagaan yang dijalankan.
  • Satu syarikat hanya layak untuk satu permohonan sahaja.
  • Perniagaan dijalankan sepenuh masa dan beroperasi di dalam Negeri Johor
  • Sila berikan satu (1) sebutharga bagi peralatan / mesin yang dipohon. Sebutharga yang diberikan dijadikan panduan bagi jenis item dan harga dan tidak mengikat pihak PUJB untuk memilih pembekal tersebut.

SKOP PERMOHONAN BANTUAN

  1. Mesin atau peralatan (sila kepilkan 1 sebutharga daripada pembekal)
  2. Mesin & peralatan yang dimohon tidak dibenarkan untuk penambahan stok dan kegunaan pejabat.
  3. Mesin & Peralatan haruslah dapat membantu meningkatkan tahap perkhidmatan sesebuah syarikat.
  4. Sebut harga haruslah daripada pembekal yang sah dan tidak boleh diambil daripada platform atas talian seperti Lazada, Shoppe atau laman e-dagang lain.
  5. Sebut harga perlu mempunyai cop rasmi dan “letterhead’’ syarikat pembekal.

LANGKAH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat dengan mengikut langkah-langkah berikut:

  1. Anda perlu membuka akaun PADU dengan melayari www.padu.pujb.my dan daftar akaun anda
  2. Log masuk ke dalam sistem PADU menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Lengkapkan dan kemaskini borang maklumat usahawan dengan lengkap, betul dan telus
  4. Cari iklan permohonan di ruangan di papan pemuka dan klik maklumat lanjut untuk mula permohonan
  5. Lengkapkan borang permohonan geran usahawan bangsa Johor dengan lengkap, betul dan telus
  6. Setelah selesai mengisi borang permohonan, klik butang hantar dan permohonan anda telah direkodkan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Geran Usahawan Bangsa Johor yang ditawarkan, anda boleh terus ke laman web https://www.pujb.my/.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma