Permohonan Geran Pembangunan Ekonomi Komuniti RM45,000 Buat Usahawan

Perbadanan Usahawan Johor menawarkan Program Pembangunan Ekonomi Komuniti buat usahawan yang layak dan terima geran sehingga RM45,000 merangkumi kos menaik taraf infrastruktur, pembelian mesin/ peralatan/ latihan dan kursus kemahiran asas berkaitan projek yang dicadangkan.

Program ini disediakan buat projek/perniagaan yang memberikan impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi komuniti dan berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan yang berterusan.

Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan di bawah.

SYARAT KELAYAKAN

Usahawan yang ingin memohon geran yang ditawarkan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Penduduk Tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di negeri Johor sekurang kurangnya 5 tahun berturut-turut dan berumur 18 hingga 65 tahun semasa memohon.
  • Permohonan dibuka kepada :
    i) Individu yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan, atau;
    ii) Koperasi yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan.
  • Terbuka kepada projek/perniagaan dalam sektor Perkhidmatan dan Pembuatan
  • Projek/Perniagaan yang memberikan impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi komuniti dan mempunyai nilai tambah dan nilai pengganda yang tinggi.
  • Projek/Perniagaan yang berpotensi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang berterusan kepada komuniti terutamanya di dalam negeri Johor.
  • Syarikat/Koperasi pemohon mempunyai kapasiti, keupayaan, kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan projek.
  • Syarikat/Koperasi pemohon mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan menjadi keutamaan kepada yang belum pernah menerima mana-mana bantuan Kerajaan Negeri Johor dalam tempoh 3 tahun.

SKOP BANTUAN

Bantuan adalah dalam bentuk geran sehingga RM45,000 yang merangkumi:

  • Kos menaik taraf infrastruktur
  • Pembelian mesin/peralatan
  • Latihan, kursus kemahiran asas

DOKUMEN SOKONGAN

Permohonan yang lengkap mestilah disertakan dengan salinan dokumen sokongan berikut:

  • Borang diisi lengkap beserta gambar pemohon
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil pendaftaran syarikat (SSM) /Koperasi
  • Salinan penyata akaun syarikat/koperasi yang aktif (6 bulan)
  • Profil syarikat/koperasi
  • Kertas cadangan lengkap dengan pelan perniagaan termasuk;
    a. Ringkasan Eksekutif
    b. Objektif
    c. Latar belakang dan skop projek/perniagaan
    d. Business Model Canvas (BMC)
    e. Strategi pemasaran
    f. Garis masa (timeline) pelaksanaan projek/perniagaan
    g. Pelan kewangan projek/perniagaan
    h. Gambar projek/perniagaan

CARA MEMOHON

Usahawan yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan sebelum 30 September 2020. Permohonan mestilah dikemukakan melalui borang permohonan yang boleh didapati di bawah. Lengkapkan borang permohonan dan sediakan salinan dokumen sokongan yang diperlukan.

Hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan yang lengkap ke alamat:

  • Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd,
    No 24 Jalan Iskandar Puteri,
    1/3, Iskandar Puteri Commercial Centre,
    Taman Nusantara Prima,
    81550 Gelang Patah,
    Johor Darul Takzim.

Pemohon hendaklah memastikan segala keterangan yang dikemukakan adalah benar, sahih dan tepat. Pihak Perbadanan Usahawan Johor berhak untuk membatalkan permohonan sekiranya didapati melanggar syarat permohonan yang telah ditetapkan atau memberi maklumat yang palsu.

Download borang permohonan di bawah.

BORANG PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN

Hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh Sekretariat bagi proses seterusnya dan sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh sebulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan boleh diajukan menerusi pesanan mesej di Facebook rasmi Perbadanan Usahawan Johor.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma