Mohon Geran Padanan Pendigitalan PKS, Terima RM5,000 Dari BSN

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional(BSN) menawarkan Geran Padanan Pendigitalan PKS sehingga RM5,000 untuk setiap usahawan PKS yang masih beroperasi secara manual mendigitalisasikan perniagaan. Inisiatif ini diberikan bagi membantu usahawan menggunakan perkhidmatan pendigitalan dalam perniagaan.

Inisiatif ini akan membantu perniagaan PKS meneruskan perniagaan seiring dengan perubahan teknologi yang semakin maju hari demi hari.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai manfaat daripada Geran Padanan Pendigitalan PKS dan cara membuat permohonan.

MANFAAT GERAN PADANAN PENDIGITILAN PKS

Inisiatif Geran Padanan Pendigitilan PKS ini menawarkan bantuan untuk:

  • Membuat laman web bagi mempromosikan perniagaan
  • Memantapkan lagi proses pendigitalan perniagaan dengan perkhidmatan e-dagang
  • Sistem Jualan Elektronik (e-POS)
  • Perencanaan Sumber Daya Perusahaan (ERP)
  • Sistem Penggajian Sumber Manusia (CRM)
  • Pemasaran Digital (Facebook, Google Ads dan lain-lain)
  • Lain-lain pemasaran perniagaan secara digital

JENIS PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Antara jenis kemudahan perkhidmatan yang disediakan bagi memantapkan proses pendigitalan perniagaan adalah:

  • Sistem Jualan Elektronik (e-POS)
  • Perencanaan Sumber Daya Perusahaan (ERP)
  • Pemasangan Digital
  • Sistem Perakaunan
  • Sistem Penggajian Sumber Manusia/ Pengurusan hubungan Pelanggan (CRM)

Mohon Geran Padanan Pendigital PKS, Terima RM5,000 Dari BSN

SYARAT KELAYAKAN

PKS yang ingin membuat permohonan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Syarikat dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia;
  • Syarikat berdaftar dibawah Akta yang relevan di Malaysia dan diklasifikasikan sebagai PKS;
  • Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  • Bagi syarikat yang baru beroperasi selama satu (1) tahun, PKS perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minimum sebanyak RM100,000.00 untuk tahun tersebut; dan
  • Bagi syarikat yang telah beroperasi melebihi dua (2) tahun, syarikat perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minimum RM50,000.00 untuk dua (2) tahun sebelum secara berturut. (jualan tahunan).

DOKUMEN SOKONGAN

Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang diperlukan untuk kemukakan bersama borang permohonan:

  • Borang aplikasi Inisiatif Pendigitalan PKS yang telah dilengkapkan.
  • Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal / Pengarah / Rakan Kongsi, yang mana berkenaan.
  • Salinan lesen pendaftaran syarikat (SSM/Borang A/B, Borang 24 & 49 dan M&A atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016).
  • Penyata kewangan beraudit untuk tahun terkini dan akaun pengurusan kewangan terkini (jika diperlukan) atau sebarang bukti perolehan jualan (jika diperlukan).
  • Penyata bank syarikat untuk dua (2) bulan terkini.
  • Profil PKS (jika ada).
  • Invois/resit Pembayaran dan perjanjian perkhidmatan (Service Provider) daripada pembekal perkhidmatan pendigitalan yang disenaraikan oleh MDEC.
  • Dokumen dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON

PKS yang ingin membuat permohonan mestilah lengkapkan dan kemukakan borang permohonan beserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan ke mana-mana cawangan Bank atau hantar melalui emel rasmi syarikat (semak senarai di bawah).

Perlantikan mana-mana pihak ketiga bagi tujuan pengumpulan dan penghantaran borang permohonan yang dibuat kepada pihak Bank adalah tidak dibenarkan.

Download borang permohonan di bawah

BORANG PERMOHONAN GERAN PADANAN PENDIGITALAN PKS

SENARAI EMAIL UNTUK PERMOHONAN

Berikut adalah senarai emel mengikut negeri untuk tujuan penghantaran borang permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS dan dokumen sokongan:

  • Johor – SMEDigitalizationGrantJohor@bsn.com.my
  • Kedah – SMEDigitalizationGrantKedah@bsn.com.my
  • Kelantan – SMEDigitalizationGrantKelantan@bsn.com.my
  • Melaka – SMEDigitalizationGrantMelaka@bsn.com.my
  • N.Sembilan – SMEDigitalizationGrantNegeriSembilan@bsn.com.my
  • Pahang – SMEDigitalizationGrantPahang@bsn.com.my
  • Perak – SMEDigitalizationGrantPerak@bsn.com.my
  • Pulau Pinang -SMEDigitalizationGrantPulauPinang@bsn.com.my
  • Sabah – SMEDigitalizationGrantSabah@bsn.com.my
  • Sarawak – SMEDigitalizationGrantSarawak@bsn.com.my
  • Selangor – SMEDigitalizationGrantSelangor@bsn.com.my
  • Terengganu – SMEDigitalizationGrantTerengganu@bsn.com.my
  • W.P. Kuala Lumpur – SMEDigitalizationGrantKualaLumpur@bsn.com.my
  • Micro HQ – SMEDigitalizationGrantIbuPejabat@bsn.com.my

Setelah permohonan PKS diluluskan, PKS perlu membayar jumlah perbezaan bagi keseluruhan invois selepas ditolak amaun subsidi yang diberikan di bawah inisiatif dan mengemukakan bukti pembayaran kepada mana-mana cawangan Bank.

Setelah bukti pembayaran dikemukakan, bergantung kepada keseluruhan jumlah invois, pihak Bank akan membuat pembayaran terus sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan invois atau sehingga RM5,000 kepada Pembekal Perkhidmatan secara penuh atau secara berperingkat.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi BSN di talian 1300 88 190 atau talian SME Bank di 03 2603 7700.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma