Permohonan Geran Kewangan MITRA 2021 Dibuka Buat Syarikat/ Perniagaan Berdaftar
Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan berita gembira buat semua peniaga berdaftar SSM iaitu pemberian Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan yang melibatkan peniaga di seluruh negeri PKP. Setiap peniaga akan menerima bantuan GKP Tambahan berjumlah RM1,000 dibayar tunai mulai Mac 2021.
Kini, Kementerian Perpaduan Negara Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) telah membuka permohonan Geran Kewangan MITRA 2021 buat syarikat berdaftar bagi melancarkan pelaksanaan program-program pembangunan dan peningkatan taraf hidup masyarakat India.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Geran Kewangan MITRA 2021.
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN GERAN MITRA 2021
Untuk makluman anda, permohonan Geran Kewangan MITRA 2021 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 31 Januari 2021 hingga 12 Mac 2021
Pihak MITRA akan memaklumkan secara berperingkat kepada pemohon yang berjaya bermula pada 15hb Februari 2021.
GOLONGAN YANG LAYAK
Golongan sasaran yang layak membuat permohonan Geran Kewangan MITRA 2021 adalah terdiri daripada:
- Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar
- Syarikat/ Perniagaan berdaftar
- Yayasan berdaftar
SYARAT KELAYAKAN
Hanya golongan sasaran yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak mohon:
- NGO diperbadankan di bawah ROS/ROC
- Ahli Jawatankuasa pelaksanaan program mesti mempunyai pengalaman minimum 3 tahun dalam bidang berkaitan
- Program mesti dijalankan oleh ahli sendiri yang mana sukarelawan dan khidmat luaran tidak dibenarkan
- Sekiranya sesebuah entiti itu pernah menerima dana daripada MITRA sebelum ini, pencapaian prestasi NGO/entiti akan diambil kira dalam proses penilaian
- Skop program haruslah berbentuk pengurusan masalah sosial, memenuhi keperluan hidup atau penyediaan peluang mobiliti sosial
- Program dicadangkan haruslah berimpak tinggi dan mampu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat India B40
CARA MOHON
Permohonan Geran MITRA 2021 bagi pemohon yang layak boleh dibuat secara online dengan langkah berikut:
- Pergi ke pautan https://mitra.gov.my
- Sila cari tab Sistem Pengurusan Geran MITRA (M-GMS)
- Di bawah tab Sistem Pengurusan Geran MITRA (M-GMS), sila klik pada pautan Log Masuk
- Di halaman Log Masuk M-GMS, sila klik pautan Akaun Baru dan log masuk (bagi pengguna berdaftar) atau lengkapkan bahagian pendaftaran (bagi pengguna baru)
- Sila klik butang Log Masuk dan klik pada Permohonan Baru untuk meneruskan permohonan.
Rujuk MANUAL PENGGUNA untuk panduan permohonan yang lengkap. Untuk maklumat lanjut atau ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan Geran Kewangan MITRA 2021, anda boleh terus hubungi talian 03 8091 8198 atau email ke alamat infomitra@perpaduan.gov.my.