Tawaran Geran Bantuan Kemasukan Ke IPT Sehingga RM800 Yayasan Sejahtera Kulai

Yayasan Sejahtera Kulai akan menyerahkan Geran Bantuan Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) sehingga RM800 kepada pelajar yang dapat tawaran sambung belajar ke peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Geran bantuan ini dikhaskan kepada golongan kurang berkemampuan di dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Kulai. Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan sehingga 14 September 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan cara buat permohonan.

KADAR BANTUAN

Pemohon yang layak akan menerima bantuan secara one-off seperti berikut:

  • Program Diploma: RM300
  • Program Ijazah Sarjana Muda: RM800

SYARAT PERMOHONAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Bersekolah atau bermastautin di kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai
  • Telah mendapat tawaran/ tempat belajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam atau luar negara
  • Pemegang SPM/ Matrikulasi/ STAM/ STPM
  • Pemohon mestilah mengikuti pengajian secara Sepenuh Masa

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen yang WAJIB disertakan untuk permohonan:

  • Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT
  • Salinan keputusan SPM/ Matrikulasi/ STPM/ STAM
  • Salinan Kad pengenalan atau sijil kelahiran kesemua isi rumah
  • Salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan semua isi rumah yang telah bekerja
  • Salinan kad OKU (jika berkenaan)
  • Salinan rekod kesihatan/ temujanji hospital (jika berkenaan)

CARA MOHON

Pelajar yang berkelayakan boleh buat permohonan selewat-lewatnya 14 September 2022. Sediakan dokumen di atas dan muat turun borang permohonan yang disediakan di bawah. Borang permohonan dan dokumen yang lengkap mestilah dihantar ke alamat berikut:

  • Yayasan Sejahtera Kulai
    No. 156A, Jalan Susur Kulai 3,
    81000, Kulai Johor

Klik butang di bawah untuk download senarai semak dokumen dan borang permohonan bantuan IPT:

borang permohonan geran kemasukan ipt

Tawaran Geran Bantuan Kemasukan Ke IPT Sehingga RM1,000 Yayasan Sejahtera Kulai

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma