7 Gelaran Profesional Yang Ramai Orang Tidak Tahu Sebenarnya Wujud

Pasti anda semua sedar bila lihat pada nama beberapa orang ternama ada beberapa gelaran di hadapan nama sebenar mereka. Mungkin ramai yang perasan tetapi sebab tidak tahu maksud ringkasan di depan nama tersebut, terus dihiraukan. Selalunya yang ramai tahu hanya gelaran Dato’. Ini contoh antara gelaran yang ramai tidak tahu.

7 Gelaran Profesional Yang Ramai Orang Tidak Tahu Sebenarnya Wujud1

Dato’, Ir dan Ts yang terpapar pada hadapan nama tersebut membawa maksud gelaran profesional beliau. Bukan senang tau nak dapat gelaran ini! Hanya orang pakar dalam bidang tertentu dan mendapat kelulusan sahaja dapat memegang beberapa gelaran profesional ini.

Bagi yang tidak tahu, ada lagi beberapa gelaran profesional yang ramai tidak sedar kewujudannya.

7 GELARAN PROFESIONAL

1. Professional Engineer (Ir)

7 Gelaran Profesional Yang Ramai Orang Tidak Tahu Sebenarnya Wujud

Gelaran Ir adalah memberi maksud Jurutera Profesional. Untuk mendapatkan gelaran Jurutera Profesional (Ir) anda perlu tamatkan pengajian, mendaftar sebagai jurutera, peroleh 3 tahun pengalaman profesional dan lulus dalam peperiksaan yang membuktikan anda telah peroleh kepakaran secukupnya.

Anda mestilah berdaftar sebagai Graduate Engineer dengan BEM (Board of Engineer Malaysia seterusnya lulus dengan cemerlang dalam latihan yang ditentukan BEM. Ir juga perlu lepas ujian Professional Assessment Examination (PAE) dan terpilih sebagai Corporate Member of the Institution of Engineers Malaysia (IEM).

Berikut adalah beberapa yuran yang diperlukan untuk menyertai kursus dan interview untuk mendapatkan gelaran Ir.

7 Gelaran Profesional Yang Ramai Orang Tidak Tahu Sebenarnya Wujud

2. Professional Architect (Ar)

7 Gelaran Profesional Yang Ramai Orang Tidak Tahu Sebenarnya Wujud

Untuk mendapatkan gelaran Professional Architect (Ar), anda mestilah berdaftar dengan Board of Architect Malaysia atau Lembaga Arkitek Malaysia. Permohonan untuk lembaga ini mestilah daripada pemohon yang berdaftar dengan Graduate Architect dan pernah mempunyai pengalaman praktikal seperti yang dinyatakan oleh Lembaga.

Untuk melayakkan profesion ini, anda juga perlu lulus Professional Examination. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman Board of Architects Malaysia

3. Professional Surveyor (Sr)

7 Gelaran Profesional Yang Ramai Orang Tidak Tahu Sebenarnya Wujud

Seorang Professional Surveyor (Sr) perlu memiliki pemahaman dan pengetahuan yang hebat dalam Mathematic dan tahu menggunakan beberapa alatan kursus. Kebanyakan projek yang dikendalikan memerlukan banyak latihan fizikal dan kemahiran visual yang sangat baik.

Untuk mendapatkan gelaran Professional Surveyor (Sr), anda mestilah mempunyai sekurang-kurangnya ijazah dalam surveying (tinjauan) atau civil engineering. Lesen Professional Land Surveying juga diperlukan untuk gelaran ini. Beberapa jenis Professional Examination dengan yuran tertentu perlu diambil untuk melayakkan diri mendapat gelaran Sr.

Anda boleh rujuk di sini: Royal Institution of Surveyors Malaysia

4. Professional Technologist (Ts)

7 Gelaran Profesional Yang Ramai Orang Tidak Tahu Sebenarnya Wujud

Ts adalah gelaran Teknologis Profesional yang diiktiraf yang Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Ia tertakluk di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2016 (Akta 768). Gelaran ini merupakan salah satu mekanisme pengiktirafan kepada teknologis dan juga juruteknik negara.

Untuk mendapatkan gelaran Ts. anda perlu tamatkan sekurang-kurangnya Ijazah sarjana muda dalam bidang yang diiktiraf Lembaga dan mendaftar sebagai Teknologis Berijazah.

Seterusnya seorang teknologis berijazah boleh memohon menjadi Teknologi Profesional (Ts) setelah memperoleh pengalaman praktikal yang ditentukan oleh Lembaga (minimum 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan Teknologi), membayar yuran dan mematuhi kriteria yang ditentukan lembaga.

Berikut adalah aliran untuk menjadi seorang Professional Technologist (Ts) beserta yuran yang dikenakan.

7 Gelaran Profesional Yang Ramai Orang Tidak Tahu Sebenarnya Wujud

5. Professional Geologist (PGeol)

7 Gelaran Profesional Yang Ramai Orang Tidak Tahu Sebenarnya Wujud

Seorang Professional Geologist (PGeol) adalah seorang ahli geogologi siswazah berdaftar dan ahli geologi asing yang berdaftar menurut seksyen 20 dan 22 Akta Ahli Geologi 2008.

Sebelum mendapatkan gelaran PGeol, individu perlulah menjalani pengajian di Institute of Geology Malaysia (IGM) dan lulus peperiksaan profesional. Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk Institute of Geology Malaysia (IGM)

6. Professional Landscape Architect (LAr)

Untuk mendapatkan gelaran Professional Landscape Architect (LAr), anda mestilah berdaftar dan mengikuti pengajian di Institute of Landscape Architects Malaysia dan lulus dengan jayanya. Antara contoh individu yang mendapat gelaran Professional Landscape Architect (LAr) adalah LAr. Dr. Nor Atiah Ismail.

7 Gelaran Profesional Yang Ramai Orang Tidak Tahu Sebenarnya Wujud1

7. Professional Town Planner (TPr)

Individu yang memegang gelaran Professional Town Planner (TPr) sentiasa dijunjung tinggi martabat, kedudukan dan reputasi profesionnya. Seorang TPr memainkan peranan besar dalam mengingatkan kliennya mengenai kewajipan dan hak pelanggan dan melaksanakan tugasnya kepada pelanggannya dengan setia.

Seorang Professional Town Planner perlu mengambil semua langkah yang patut untuk kekalkan kecekapan profesional yang tinggi sepanjang bekerja.

7 Gelaran Profesional Yang Ramai Orang Tidak Tahu Sebenarnya Wujud1

Untuk mendapatkan gelaran Profesional Town Planner (TPr) seseorang itu mestilah lulus pengajian di Malaysian Institute of Planners dengan kelayakan tertentu. Layari pautan berikut untuk maklumat lanjut mengenai Institute of Planners.

Semoga perkongsian ini dapat menambahkan lagi pengetahuan anda mengenai beberapa gelaran professional yang ada di Malaysia dan ramai tidak tahu. Tidak rugi pun belajar perkara baru, sekurang-kurangnya bila ada orang tanya nanti tidaklah terpaku kita nak jawab.

7 Gelaran Profesional Yang Ramai Orang Tidak Tahu Sebenarnya Wujud

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma