Kematian Penjawat Awam Dalam Tempoh Perkhidmatan: Ini Ganjaran & Khairat Waris Boleh Tuntut

Sebagai penjawat awam, Jabatan Perkhidmatan Awam ada menyediakan pelbagai ganjaran dan khairat buat waris sekiranya mereka meninggal dunia dalam tempoh perkhidmatan.

Memang benar wang tidak dapat menggantikan kesedihan, namun ganjaran dan khairat yang diberikan ini adalah sebagai bantuan kepada waris untuk meneruskan kehidupan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui ganjaran dan khairat yang boleh waris tuntut sekiranya berlaku kematian penjawat awam.

GANJARAN & KHAIRAT KEMATIAN WARIS PENJAWAT AWAM

Berikut adalah antara ganjaran dan khairat yang waris kepada penjawat awam yang meninggal dunia dalam tempoh perkhidmatan boleh tuntut.

Khairat Kematian

Jabatan Perkhidmatan Awam menyediakan khairat kematian berjumlah RM3,000 dan juga kos pengangkutan jenazah kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia. Dapatkan borang dan cara-cara dapatkan bantuan mengurus jenazah di sini:

Kematian dalam perkhidmatan: Diuruskan & dibayar oleh Jabatan

Kematian dalam persaraan: Diuruskan & dibayar oleh JPA& KWAP

Ganjaran Terbitan

Ganjaran terbitan adalah faedah pembayaran sekaligus yang dibayar kepada waris berdasarkan pengiraan bulan berkhidmat dan gaji terakhir penjawat awam. Pengiraannya adalah seperti berikut:

  • 7.5% x Jumlah Genap Bulan Berkhidmat x Gaji Terakhir

Pencen Terbitan

Pencen terbitan secara bulanan akan dibayar kepada waris penjawat awam. Pengiraan penerimaan pencen terbitan adalah seperti berikut:

  • Bekerja lebih 10 tahun: 1/600 x jumlah genap bulan perkhidmatan x gaji terakhir
  • Bekerja kurang 10 tahun: 1/5 x gaji akhir

Baca perbezaan antara pencen tanggungan VS pencen terbitan dan keterangan lanjut mengenai pembahagian pencen kepada waris.

Ganjaran Cuti Rehat (Maksimum 150 hari)

Ganjaran cuti rehat adalah ganjaran yang dibayar bagi menggantikan cuti penjawat awam yang terkumpul atau tidak digunakan sepanjang perkhidmatan terhad kepada maksimum 150 hari.

Formula pengiraan

  • 1/30 x jumlah cuti rehat terkumpul x (gaji pokok terakhir diterima + Imbuhan Tetap)

Imbuhan tetap:

  • Khidmat Awam
  • Keraian
  • Perumahan
  • Jawatan Utama/Khas

Faedah Ex-Gratia

Pekeliling terbaru sepertimana diumumkan dalam Bajet 2019 iaitu pembayaran ex gratia sekaligus kepada waris anggota yang meninggal dalam perkhidmatan.

Kadar bayaran diberikan kepada waris berdasarkan tempoh perkhidmatan seperti berikut:

  • Kurang daripada 60 bulan: RM150,000
  • 61 hingga 120 bulan: RM100,000
  • 121 hingga 180 bulan: RM75,000
  • Lebih daripada 241 bulan: TIADA

Penjawat awam yang baru berkhidmat menerima ex gratia sekaligus lebih tinggi kerana pencen mereka lebih kecil berbanding yang telah lama berkhidmat.

Baca: Cara Mohon Faedah Ex-Gratia Buat Waris Penjawat Awam 

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma