Tawaran Free Ride KTM Komuter Sempena Hari OKU Sedunia

Berita baik buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)! Sempena Hari OKU Sedunia tahun 2022, KTMB menawarkan tambang 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang dan Utara selama dua (2) hari.

Individu ini boleh dapatkan tawaran Free Ride KTM Komuter yang ditawarkan di semua kaunter KTM berdekatan anda. Tawaran tambah perjalanan percuma ini juga boleh dinikmati oleh pengiring mereka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran Free Ride KTM Komter.

TARIKH TAWARAN FREE RIDE KTM KOMUTER

Tawaran tambah PERCUMA ini akan diadakan selama 2 hari iaitu:

  • 3 Disember 2022 (Sabtu) bermula 12.01 tengah malam sehingga 4 Disember 2022 (Ahad) jam 11.59 malam

Golongan OKU serta seorang pengiring sahaja yang layak mendapatkan tambang PERCUMA ini.

Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari OKU Sedunia yang disambut pada 3 Disember setiap tahun. Ini juga sebagai tanda penghargaan KTMB kepada golongan OKU atas sokongan kerana menggunakan perkhidmatan tren, khususnya perkhidmatan KTM Komuter.

PERKHIDMATAN TREN TERLIBAT

Perkhidmatan tren yang terlibat dalam Program OKU “Free Ride” ini melibatkan:

  • Perkhidmatan KTM Komuter Sektor Lembah Klang
  • Perkhidmatan KTM Komuter Sektor Utara

Hanya tiket perjalanan satu hala dan dua hala sahaja dibenarkan sepanjang tawaran ini. Pas mingguan dan pas bulanan tidak termasuk di dalam tawaran ini.

CARA DAPATKAN TAMBANG PERCUMA

Pengguna OKU serta pengiring boleh mendapatkan tambang percuma ini di

  • semua kaunter perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang dan Utara

Di Lembah Klang akan menggunakan Kad Komlink OKU atau token manakala di Utara akan menggunakan tiket QR.

Tiket PERCUMA ini hanya boleh diperolehi di kaunter perkhidmatan KTM Komuter SAHAJA. Pengguna OKU perlu menunjukkan kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) beserta kad pengenalan untuk proses pengesahan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke laman berikut:

  • Facebook (KTM Berhad)
  • Twitter (@ktm_berhad)
  • Instagram (ktmbofficial)

atau

  • Hubungi pusat panggilan KTM Berhad di talian 03-2267 1200 (7.00 pagi – 10.00 malam).

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma