Formula Tulis Karangan BM Skor A Dari Guru Cemerlang SBP
Walaupun hari-hari kita bertutur dalam Bahasa Melayu dan boleh dikatakan fasih, tetapi bila diterjemahkan di atas sekeping kertas pula dah macam orang asing yang baru belajar bahasa. Ini masalah yang melanda kebanyakan pelajar. Sama juga seperti kita alami semasa pada zaman persekolahan dulu!
Jangan biarkan anak anda juga alami masalah dalam menulis karangan Bahasa Melayu. Memang benar pelajar-pelajar Melayu telah menguasai sebutan, tatabahasa, dan makna kosa kata bahasa Malaysia semasa mereka masuk ke sekolah.
Namun ia tidak membantu dalam menjawab soalan karangan jika tidak tahu apa-apa yang dikehendaki oleh kertas soalan tersebut.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui perkara utama yang perlu pelajar kuasai dalam menulis karangan yang baik dan formula rahsia menulis karangan Bahasa Melayu yang dikongsikan oleh Guru Cemerlang SBP.
Isi Kandungan
3 PERKARA UTAMA PERLU DIKUASAI UNTUK PENULISAN KARANGAN YANG BAIK
Terdapat 3 perkara utama yang menentukan kejayaan pelajar menjawab soalan karangan dengan tepat.
- Memenuhi kehendak soalan dengan tepat
- Merangka Karangan mengikut skema yang ditentukan
- Pembukaan karangan menarik yang mengambil perhatian pemeriksaan soalan
PUNCA PELAJAR GAGAL MENULIS KARANGAN DENGAN BAIK
Antara punca yang buat pelajar gagal menjawab soalan penulisan karangan adalah:
Tidak Tahu Teknik Menganalisis Soalan
Ini langkah wajib yang perlu diambil pelajar jika ingin memastikan mereka berada di jalan yang betul. Mengenal pasti kehendak soalan akan sentiasa memastikan mereka berada dalam konteks yang dikehendaki oleh skema.
Tidak Tahu Teknik Pembukaan Karangan Yang Menarik Perhatian
Pendahuluan karangan yang menarik akan menyebabkan karangan menjadi matang dan cemerlang memberikan signal kepada pemeriksa bahawa pelajar memenuhi kehendak soalan. Walau bagaimanapun, ramai pelajar tidak didedahkan dengan pelbagai teknik pembukaan karangan yang menarik perhatian.
Tidak Tahu Merangka Karangan
Begitu juga dengan rangka karangan. Kebanyakan masa pelajar akan merapu apabila tidak mempunyai struktur untuk menghuraikan isi dengan sempurna. Jika tidak diberikan perhatian, isi kandungan akan menentukan lulus gagal sesuatu karangan yang seterusnya memberi kesan kepada keputusan peperiksaan keseluruhannya.
CARA KUASAI PENULISAN KARANGAN
3 elemen penting yang merupakan asas kepada sebuah karangan yang mendapat markah yang cemerlang:
- Teknik analisis soalan
- Formula menghurai isi dengan sempurna
- Mempelbagaikan teknik pendahuluan
Mudah sahaja sebenarnya nak kuasai penulisan karangan. Apabila pelajar berjaya menguasai elemen tersebut, mudah bagi mereka untuk menjawab apa-apa sahaja bentuk soalan karangan yang diberikan tidak kira apapun bentuk format karangan yang diminta.
Seorang guru cemerlang yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan berpengalaman selama 20 tahun telah mengenal pasti, mengkaji, dan memperkenalkan kaedah-kaedah untuk skor dalam subjek karangan.
Sebuah panduan khas untuk tingkatan 1 hingga 5 telah diterbitkan bagi membantu pelajar kuasai penulisan karangan yang luar biasa. Para pelajar atau ibu bapa boleh dapatkan ebook Formula Bahasa Melayu (ForBam).
EBOOK PANDUAN MENULIS KARANGAN LUAR BIASA
Ebook Forbam ini dihasilkan untuk memastikan pelajar didedahkan dengan pelbagai teknik membina karangan cemerlang. Secara ringkasnya:
- Membantu pelajar menganalisis soalan karangan dengan cara yang betul
- Mendedahkan pelajar dengan kepelbagaian jenis pendahuluan
- Memperkenalkan formula TEMANKU KASIH untuk menganalisis soalan
- Memperkenalkan formula ISH U KE SIM? untuk huraian isi karangan
MANFAAT YANG DIPEROLEH DARIPADA EBOOK INI
Pelajar akan dibekalkan dengan pelbagai jenis formula yang membantu untuk menghasilkan pendahuluan karangan yang menarik dan menulis isi karangan yang memenuhi kehendak skema supaya mudah untuk mendapat markah.
Pelajar diberikan dengan 5 siri ebook dan 4 video penerangan yang menerangkan formula-formula dan cara-cara penulisan karangan yang menarik dan mengkagumkan pemeriksa kertas. Pendek kata,
- Pelajar berpotensi untuk menjadi pelajar cemerlang dalam membina karangan
- Pelajar dapat mengetahui pelbagai formula yang berkesan dan membantu menghasilkan karangan yang mantap
- Pelajar akan menerima pelbagai nota sisipan yang dapat membantu anak Skor A dalam peperiksaan Bahasa Melayu kelak.
KANDUNGAN EBOOK PANDUAN MENULIS KARANGAN LUAR BIASA
ForBam Siri 1: Kaedah Kunci dan Pintu
Dalam karangan soalan diibaratkan seperti ‘Pintu’ manakala kehendak soalan diibaratkan sebagai ‘Kunci’.
Kelemahan pelajar ialah tidak membaca soalan karangan dengan teliti. Selain itu, mereka juga tidak memahami kehendak soalan.
Kesannya karangan mereka tidak menepati tema yang dikehendaki. Seolah-olah calon akan berada di dalam bilik yang gelap dan tidak jumpa kunci untuk keluar dari bilik tersebut
Jadi, penulis telah memperkenalkan satu FORMULA ‘ TemanKu Kasih’
ForBam Siri 2: Formula ISH U ke SIM
Penulis menerangkan kaedah penghuraian isi karangan dengan jelas iaitu menggunakan Formula ISH U KE SIM)
Calon akan menulis karangan dengan menyusun urutan isi yang terpenting terlebih dahulu.
Penulis mendedahkan cara-cara untuk menghurai dengan mudah iaitu menggunakan teknik penyoalan.
Penulis juga berkongsi teknik penyoalan bagi setiap isi yang telah diberikan. Binaan ayat mestilah mempunyai hubung kait dengan ayat yang sebelumnya.
Terdapat kesinambungan ayat dan penghuraian akan menjadi jelas. Penghuraian yang matang amat penting untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.
ForBam Siri 3: Mantapkan Mindaku
Siri 3 merupakan siri pengukuhan bagi penggunaan teknik pintu dan kunci, formula TemanKu Kasih dan juga Formula ISH U KE SIM?
Penulis menyediakan soalan beserta dengan skema bagi memudahkan calon untuk membuat rujukan.
ForBam Siri 4: Siri Bonus 1
Dalam siri ini penulis telah menyediakan pelbagai bahan kepada calon iaitu bongkar strategi ‘A’ Bahasa Melayu, Ciri-ciri karangan yang lemah, TIPS Capai ‘A’ Bahasa Melayu, Fokus untuk Cemerlang, Karangan Berbentuk Lewah dan Pelbagai jenis kesalahan bahasa.
ForBam Siri 5: Siri Bonus 1
Dalam siri ini penulis telah menyediakan pelbagai bahan iaitu definisi dan idea sokongan bagi skop karangan terkini, Koleksi peribahasa, Koleksi Fakta Bertema, Himpunan Kata-kata tokoh, Bukti dan fakta dan Kosa Kata Aras Tinggi.
Kesemua siri bonus adalah untuk:
1. Membantu calon mendapat markah cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
2. Menambahkan koleksi peribahasa dan juga himpunan kosa kata beraras tinggi
3. Membantu calon mengembang isi karangan.
Video Satu: Asas Pintu Dan Kunci
Penulis dedahkan bagaimana teknik membaca soalan dengan betul dan mengenal pasti bentuk soalan iaitu apakah fokus yang perlu ditekankan apabila membaca soalan yang telah diberikan. Calon mestilah memahami soalan dan perlu menganalisis soalan.
Video Dua: Temanku Kasih
Penulis menerangkan teknik penggunaan Formula TemanKu Kasih Penerangan bagi menghuraikan teknik analisis soalan secara terancang dan menjelaskan kaedah penggunaan Formula TemanKu Kasih.
Video Tiga: ISU U KE SIM
Penerangan bagi menghuraikan isi karangan supaya susunan ayat teratur dan mempunyai kesinambungan ayat. Penulis berkongsi bagaimana mencetuskan idea iaitu cara-cara untuk menghurai karangan dengan lebih panjang dan berkesan. Penulis berkongsi penggunaan Formula ISH U KE SIM? Iaitu teknik menghuraikan isi dengan lebih berkesan.
DAPATKAN FORMULA PENULISAN KARANGAN SEKARANG!
Bagi yang betul-betul ingin kuasai penulisan karangan Bahasa Melayu, anda boleh dapatkan sekarang dengan harga RM30 SAHAJA! Ini adalah harga promosi, harga sebenar adalah RM199. Jadi dapatkan sekarang sebelum harga kembali ke harga biasa.
Dengan hanya RM30 anda akan dapat 4 siri ebook dan kesemua 4 rakan video. Harga promosi ini ditawarkan untuk 300 pelanggan pertama sahaja!
Dapatkan dengan klik pada butang di bawah.