Faedah Menjadi Ahli KWSP Selain Daripada Dividen Tahunan Yang Ramai Tak Tahu

Tahu tak sesiapa sahaja yang berumur seawal 14 tahun boleh buat caruman KWSP! Tak perlu tunggu bekerja dan majikan buat caruman pun baru nak mula menyimpan dengan KWSP. Ramai tak sedar banyak faedah sekiranya menjadi ahli KWSP. Ibu bapa yang nak daftarkan anak untuk caruman KWSP boleh buat bila-bila masa sahaja untuk terima pelbagai manfaat.

Pendaftaran sebagai Ahli KWSP boleh dibuat melalui beberapa kaedah yang dinyatakan. Nak tahu faedah menjadi Ahli KWSP?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui beberapa faedah menajadi Ahli KWSP dan kaedah mendaftar sebagai Ahli.

FAEDAH AHLI KWSP

Berikut adalah faedah yang kita dapat apabila menjadi ahli KWSP:

Dividen tahunan

Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen dan dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.50% bagi Simpanan Konvensional. Kadar dividen untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP. Setiap tahun pencarum KWSP akan menerima kadar dividen yang agak tinggi.

Pelepasan cukai

Jika potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tahunan anda tidak mencapai RM6,000, anda boleh menambah jumlah KWSP dengan jumlah bayaran insurans anda. Potongan KWSP tahunan anda (ditambah dengan bayaran insurans) adalah dikecualikan cukai sehingga RM6,000.

Bantuan hilang upaya (RM5,000)

Pengeluaran Hilang Upaya kami membolehkan anda mengeluarkan semua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental anda terjejas sehingga menghalang anda untuk bekerja. Bagi ahli yang layak, anda akan menerima RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban anda.

Panduan Mohon Bantuan Hilang Upaya

Bantuan kematian (RM2,500)

Sekiranya anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang anda dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.

Kami menggalakkan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan. Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian RM2,500 bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan

Panduan Mohon Bantuan Kematian

Pelan perlindungan diri mampu milik melalui i-Lindung

i-Lindung adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP. Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.

Panduan Mohon I-Lindung

Insentif kerajaan melalui simpanan sukarela i-Saraan

Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

Panduan Mohon i-Saraan

Tambah caruman bulanan lebih daripada yang ditetapkan (kadar berkanun)

Sebagai pekerja yang bergaji tetap, anda mempunyai pilihan untuk mencarum lebih untuk simpanan yang lebih baik. Anda dan majikan anda (atau kedua-duanya sekali) boleh mencarum pada kadar yang melebihi kadar berkanun selagi mana anda memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Panduan Mohon Caruman Lebih Dari Ditetapkan

Banyak kan manfaat menjadi Ahli KWSP? Tunggu apa lagi? Tak perlu majikan buat caruman baru nak mencaru! Daftar sebagai Ahli KWSP sekarang melalui beberapa kaedah berikut:

  • Daftar di cawangan KWSP
  • Melalui Mobile Team KWSP
  • Melalui majikan masing-masing

Mulakan hari ini untuk masa depan yang lebih baik dan selesa!

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma