Facemask Bukan Untuk Anak Umur 2 Tahun Ke Bawah. Merbahaya! Pakar Kanak-kanak
Penularan wabak COVID-19 telah memberi kesedaran kepada semua orang diseluruh dunia betapa pentingnya pemakaian facemask dalam mencegah virus di sekeliling kita. Pemakaian facemask kini bukan sahaja tertumpu kepada orang dewasa, malah kita dapat lihat anak-anak yang masih kecil juga turut dipakaikan facemask.
Wajarkah penggunaan facemask ini dalam kalangan kanak-kanak sebenarnya?
Bagi menjawab persoalan ini, seorang doktor pakar kanak-kanak, Dr. Redza Zainol memberi penjelasan bahawa pemakaian facemask adalah tidak sesuai digunakan kepada kanak-kanak khususnya bawah usia 2 tahun.
Kenapa facemask merbahaya kepada kanak-kanak? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui sebabnya.
Isi Kandungan
SEBAB TOPENG MUKA BAHAYA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 2 TAHUN
Nampak comel tapi topeng muka tidak boleh dipakai oleh kanak-kanak di bawah umur 2 tahun. Ini sebabnya:
- Laluan pernafasan bayi sangat kecil, bernafas melalui topeng muka lebih menyesakkan nafas mereka.
- Bayi yang memakai topeng muka secara longgar tidak beri apa-apa perlindungan kepada mereka.
- Bayi yang terasa sesak nafas ketika memakai topeng muka, tidak dapat membuka topeng muka itu dengan sendiri. Dia juga tidak dapat meminta bantuan dari orang sekeliling.
- Tidak ada topeng muka N95 yang diluluskan selamat untuk bayi.
- Kebanyakan kanak-kanak kecil akan cabutkan topeng muka yang dipakai pada mereka. Maksudnya lagi kerap mereka akan sentuh mata, hidung dan mulut mereka sendiri.
BAGAIMANA SAYA BOLEH LINDUNGI ANAK SAYA DI TEMPAT AWAM?
Untuk melindungi anak-anak di tempat awam, ada caranya iaitu:
- Tidak membawa anak ke tempat awam jika tiada sebab yang kukuh.
- Jika masih perlu bawa bayi keluar, tutup baby carrier dengan selimut nipis. Bukan tutup muka bayi dengan selimut atau kain.
- Alihkan selimut jika kita terpaksa berjauhan dari bayi untuk sementara waktu.
- Penjaga bayi perlu amalkan membasuh tangan dengan air dan sabun. Sanitizer dengan alkohol 60% ke atas boleh juga digunakan.
- Ajarkan anak yang sudah besar supaya tidak menyentuh muka sendiri.
- Jika mak atau ayah perlu juga bawa bayi keluar ke tempat awam, pastikan perjalanan tu dibuat secepat mungkin dan amalkan jarak 1 meter dari orang lain.
- Mandikan bayi dan tukar pakaian bayi sejurus tiba di rumah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu bapa bagi memberi kesedaran mengenai bahayanya pemakaian topeng muka kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ikuti langkah yang sebetulnya bagi melindungi anak-anak ketika berada di tempat awam. Sebarkan juga ilmu mahal ini kepada ibu bapa yang lain. Sama-sama kita pastikan anak-anak sihat dan selamat.