e-Payroll KWSP: Sistem Pengurusan Rekod Gaji Pekerja Melalui i-Akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWP) hari ini telah memperkenalkan e-Payroll iaitu satu penambahbaikan terbaru portal i-Akaun (Majikan) bagi membantu dan mempermudahkan urusan-urusan penggajian majikan.
e-Payroll ialah salah satu inisiatif penambahbaikan ke atas i-Akaun (Majikan) KWSP untuk membantu majikan menguruskan dan mengekalkan rekod gaji secara digital. Ia juga akan memudahkan transaksi pembayaran caruman KWSP.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut berkenaan sistem pengurusan rekod gaji pekerja melalui e-Payroll.
Isi Kandungan
KELEBIHAN E-PAYROLL KWSP
Nikmati sokongan dan bantuan yang diperlukan dengan e-Payroll. Proses penggajian lebih ringkas dan sistemnya lebih terurus.
- Mudah diakses
Menerusi portal i-Akaun (Majikan) - Pengiraan caruman automatik
KWSP, PERKESO, potongan LHDNM dan lain-lain - Dapatkan fail dengan cepat dan mudah
Untuk agensi berkanun dan lain-lain - Berdasarkan piawaian agensi berkanun
KWSP, PERKESO dan LHDNM
SYARAT KELAYAKAN
- Pengguna i-Akaun (Majikan)
- Majikan mempunyai minimum SATU pekerja
CIRI-CIRI UTAMA
- Akses mudah melalui i-Akaun (Majikan)
- Muat turun rekod Pekerja dengan mudah menggunakan fungsi ‘Import Pekerja’
- Fungsi bina dalam untuk mengesahkan pekerja adalah Ahli KWSP
- Senarai pampasan dan potongan yang sedia digunakan
- Pengiraan automatik pembayaran KWSP, PERKESO, LHDNM dan caruman lain
- Menyokong kaedah bayaran gaji secara bulanan, mingguan dan harian
- Penyelarasan pampasan dan pemotongan gaji dengan mudah
- Menjana fail agensi berkanun dan bank dengan cepat
- Alami proses yang mudah untuk membuat bayaran caruman KWSP
- Jimatkan masa dengan menjana Borang Cukai Pendapatan Tahunan secara automatik
- Kini slip gaji pekerja dan rekod penggajian lebih mudah diakses
CARA MENGGUNAKAN e-PAYROLL
Untuk makluman anda, majikan TIDAK PERLU memuat turun sebarang perisian untuk menggunakan e-Payroll. e-Payroll boleh diakses melalui i-Akaun (Majikan) menggunakan komputer atau tablet. Bagi majikan yang belum pernah daftar i-Akaun, anda boleh daftar sekarang dengan ikut panduan di bawah:
KWSP sangat komited dalam memastikan keselamatan semua sistem dan datanya. Jadi anda tidak perlu risau akan keselamat menggunakan e-Payroll.
Untuk maklumat lanjut berkaitan e-Payroll, anda boleh rujuk di laman www.kwsp.gov.my atau hubungi cawangan KWSP berhampiran ATAU hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03–89226000.