Guru KAFA Di Seluruh Malaysia Yang Bersalin Akan Terima Elaun RM1,000 & Cuti 60 Hari

Berita baik buat Guru wanita kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)! Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2022, Guru KAFA akan menikmati elaun serta cuti bersalin. Jabatan Kemahiran Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa Peraturan KAFA Tahun 2022 telah ditambahnaik dengan memasukkan perkara 42.1 (a) (iv) berkenaan cuti bersalin beserta elaun.

Penambah baikan yang diumumkan ini melibatkan elaun bersalin yang akan diberikan kepada Guru KAFA, berbanding sebelum ini Guru KAFA hanya diberi kemudahan cuti bersalin tanpa elaun.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian elaun kepada Guru KAFA seperti yang diumumkan.

TARIKH PELAKSANAAN

Pelaksanaan pemberian elaun cuti bersalin kepada Guru KAFA akan dilaksanakan bermula:

  • Mulai 1 Januari 2022

PENAMBAHBAIKAN PERATURAN KAFA TAHUN 2022

Peraturan KAFA Tahun 2022 telah ditambahbaik dengan memasukkan perkara 42.1 (a) (iv) berkenaan:

  • Cuti bersalin 60 hari
  • Elaun cuti bersalin RM1,000

Manfaat ini akan diberi sepanjang tempoh kontrak lantikan semasa yang sedang berkuatkuasa. Sehubungan itu, JAKIM telah memaklumkan berkenaan perkara ini kepada semua agensi pelaksana KAFA di negeri-negeri melalui surat siaran bertarikh 9 Februari 2022 bersamaan 7 Rejab 1433H.

Pembayaran elaun ini adalah usaha kerajaan bagi menjaga kebajikan guru KAFA wanita sepanjang kontrak mereka berkuatkuasa dengan agensi pelaksana KAFA negeri. Semoga manfaat yang diberikan oleh kerajaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban Guru KAFA di seluruh Malaysia.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma