Panduan Elakkan Gangguan Capaian Internet Semasa Peperiksaan Online SPA

Tahniah! Sekiranya anda ditawarkan untuk menjawab peperiksaan online SPA. Anda sudah satu langkah lebih dekat untuk mendapat pelantikan jawatan yang dimohon. Sudah bersedia nak jawab ujian peperiksaan? Pasti persiapan yang paling utama yang calon lakukan adalah studi jenis-jenis soalan yang akan ditanya.

Selain persiapan dari segi jawab soalan, penting juga untuk calon pastikan kestabilan capaian internet semasa peperiksaan SPA nanti. Jangan hanya disebabkan gangguan internet calon tidak berjaya habiskan soalan ujian.

Panduan Elakkan Gangguan Capaian Internet Semasa Peperiksaan Online SPA

Panduan ringkas ini adalah bagi membantu calon di dalam persediaan menduduki Peperiksaan Online SPA. Terdapat beberapa faktor utama yang dikenalpasti menyebabkan gangguan terhadap capaian internet.

FAKTOR & PANDUAN ELAKKAN GANGGUAN INTERNET

1 Virus, Malware, Spyware

Sekiranya dijangkiti, sistem pengoperasian komputer boleh terganggu dan gagal beroperasi dengan baik. Ini juga boleh menyebabkan gangguan terhadap capaian internet.

Pencegahan: Guna antivirus yang diyakini selamat. Sila scan komputer anda dan pastikan pattern antivirus yang digunakan adalah terkini.

2 Browser (add on dan plugin terlalu banyak)

Sesetengah plugin atau add on adalah spyware. Ini boleh memudaratkan prestasi kelajuan capaian ke internet komputer anda.

Pencegahan: Anda boleh menggunakan tetapan default setting bagi browser masing-masing. Contohnya:

i) Internet Explorer: internet option > Advanced > Reset Internet Explorer settings
ii. Chrome: Setting > Reset Settings

Penggunaan browser Mozilla, Google Chrome, Internet Explorer dan Safari adalah yang dicadangkan bagi capaian ke Sistem Peperiksaan Online SPA.

3 Kuota Internet

Jika kuota internet anda telah hampir mencapai had maksimum, ini boleh mengakibatkan gangguan capaian internet semasa menduduki Peperiksaan Online SPA. Bayangkan tengah jawab soalan tiba-tiba soalan seterusnya tidak dapat dimuatkan kerana kuota internet anda habis.

Pencegahan: Sila pastikan kuota capaian internet anda mencukupi sebelum menduduki Peperiksaan Online SPA.

4 Windows Firewall

Penggunaan Windows Firewall adalah satu cara untuk mengelak dari sebarang ancaman penceroboh. Namun sekiranya tetapan firewall rules yang dilakukan tidak menepati keperluan dan kegunaan seharian, ia boleh mengganggu sistem komputer anda.

Pencegahan: Sila pastikan firewall rules, tidak mengganggu aplikasi rangkaian internet yang sering digunakan.

5 Fungsi Auto Update Perisian

Banyak perisian sekarang yang mempunyai fungsi auto update dari internet secara percuma mahupun berbayar. Proses ini boleh mengganggu prestasi kelajuan capaian internet anda.

Pencegahan: Gunakan msconfig untuk menetapkan setiap program yang jarang anda gunakan supaya tidak autorun pada masa startup. Anda boleh menyemak semula senarai service (dari administrative tools – dalam control panel) yang diprogramkan untuk larian secara auto. Sekiranya tidak perlu, disable service tersebut.

Walaupun faktor-faktor dan langkah pencegahan ini nampak ringkas, tetapi ramai yang tidak ambil peduli dengan persediaan elakkan gangguan internet ini. Jangan sudah terkena baru sedar betapa pentingnya buat persediaan kestabilan internet!

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma