eGTUKAR 2021: Permohonan Pertukaran Guru Secara Online

e-Gtukar merupakan modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan para guru dan pentadbir sistem membuat pertukaran atas sebab-sebab yang dibenarkan.

Mudahnya eGtukar merupakan sistem pertukaran Guru.

Untuk menggunakan fungsi e-Gtukar, guru perlulah berdaftar dalam Pentadbiran Sistem. Manakala Pentadbir Sistem yang dilantik oleh KPM sahaja boleh menggunakan modul ini.

Setiap permohonan pertukaran Guru e-Gtukar akan ditapis berdasarkan keperluan dan syarat yang telah ditetapkan. KPM akan meneliti permohonan guru-guru yang telah menghantar permohonan. Beberapa syarat perlu dipatuhi sebelum ianya diluluskan.

PERMOHONAN e-GTUKAR PERTUKARAN GURU ONLINE 

Di bawah merupakan panduan dan tatacara membuat permohonan e-Gtukar.

Disediakan juga tarikh tutup permohonan, syarat membuat permohonan dan info berkaitan permohonan e-Gtukar yang pengguna e-Gtukar perlu tahu.

TARIKH PERMOHONAN e-GTUKAR 2021

📆Dibuka 📆Ditutup
17 Februari 2021 17 Mac 2021

CARA MEMBUAT PERMOHONAN e-GTUKAR

Permohonan Online e-Gtukar

👉Sistem Aplikasi e-Gtukar Permohonan Pertukaran Guru
  • Sila masukkan ID pengguna, kata laluan dan kad pengenalan seperti yang didaftarkan kemudian tekan butang OK.
👉Daftar Masuk Bagi Pendaftaran Kali Pertama
  • Untuk pengguna kali pertama, sila daftar masuk dengan mengisi maklumat peribadi dan tekan butang simpan egtukar. Klik pautan di bawah untuk pendaftaran kali pertama.

SISTEM TRAFFIC LIGHT DALAM PERMOHONAN PERTUKARAN GURU

Semakan Kekosongan Jawatan Mengikut Negeri

👉Semakan Kekosongan Jawatan Dan Opsyen Terkini
  • Para pemohon perlu menggunakan sistem lampu isyarat dalam mendapatkan maklumat berkaitan kekosongan jawatan dan opsyen di negeri pilihan sebelum membuat pengesahan atas permohonan yang dilakukan.
  • Sistem lampu isyarat adalah petunjuk jika terdapat kekosongan atau sebaliknya. Jika lampu hijau maka terdapat kekosongan jika lampu isyarat warna merah maka tiada kekosongan. Jadi pastikan anda menggunakan Sistem Lampu Isyarat yang disediakan ini untuk mengelak sebarang permasalahan dalam permohonan anda.

SYARAT UMUM PERMOHONAN e-GTUKAR 2021

  • Guru hanya dibenarkan bertukar apabila mendapat kelulusan dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran daripada jabatan pendidikan yang dipohon diluluskan
  • Permohonan hanya boleh dipertimbangkan jika terdapat kekosongan di tempat/negeri yang dipohon
  • Penempatan ke sekolah akan ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM
Sebarang pembatalan pertukaran setelah permohonan diluluskan tidak akan dilayan

SENARAI GURU YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PERTUKARAN

  • Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
  • Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
  • Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
  • Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
  • Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
  • Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat

ALASAN POPULAR UNTUK PERTUKARAN GURU e-GTUKAR

  • Cukup Tempoh ~ Alasan popular ini hanya boleh digunapakai oleh guru yang sudah berkhidmat lebih 4 tahun di sekolah semasa. Kalau masih belum cukup 4 tahun, maka sila fikirkan alasan lain. Yang dah cukup 4 tahun pun, alasan ini belum tentu menjamin anda pasti akan dapat bertukar!
  • Ikut Pasangan ~ Ini juga alasan popular yang guru yang mahu berpindah sekolah. Alasan ini dikatakan lebih kukuh, kerana keprihatinan pihak bertanggungjawab terhadap pasangan yang terpaksa berjauhan. Perlu dikepilkan dengan dokumen sokongan. Namun jangan pelik, jika ada ramai rakan anda yang tidak berjaya sekalipun menggunakan alasan ini.
  • Ancaman Keselamatan ~ Keselamatan merupakan antara aspek penting dalam memastikan guru dapat berkhidmat dengan baik. Maka jika ada gangguan kepada anda, beserta dengan report polis, maka gunakan alasan ini untuk menyokong permohonan pertukaran anda.
  • Sakit ~ Kesihatan juga antara aspek yang diberi perhatian dalam faktor menentukan pemilihan guru yang layak dipertimbangkan untuk berpindah. Sudah beberapa kes rakan terdekat yang sakit, mendapat pertukaran kerana alasan tersebut. Surat doktor dan dokumen sokongan lain perlu disertakan sebagai bukti mengukuhkan permohonan anda.
  • Jaga Ibu Bapa ~ Ini memang antara alasan terpopular digunakan oleh rakan guru yang memohon bertukar.
  • Sambung Belajar ~ Selain itu, alasan sambung belajar juga merupakan satu lagi alasan popular yang sering digunakan oleh rakan guru semasa memohon pertukaran. Rasanya tidaklah sekukuh mana alasan ini untuk digunakan. Lagipun dah hampir semua tempat dalam Malaysia, mempunyai akses kepada pendidikan tahap tinggi.
  • Tak Mengajar Subjek Major ~ Beberapa orang rakan guru juga menggunakan alasan ini untuk berpindah. Iaitu tidak mengajar subjek major. Alasan ini digunakan dengan harapan pihak bertanggungjawab akan melihat itu sebagai satu pembaziran modal insan dan seterusnya menghantar cikgu berpindah ke tempat yang dipohon.
  • Jaga Rumah ~ Ini kisah benar. Seorang rakan saya mendapat pertukaran kerana menggunakan alasan ini selepas rumah beliau dimasuki pencuri. Maka beserta report polis dan juga dokumen sokongan, alasan menjaga rumah digunapakai. Mungkin anda yang mempunyai rumah yang baru dibeli juga boleh menggunakan alasan yang sama.
  • Stress ~ Ada juga sebahagian guru yang lebih berani menggunakan alasan stress ini untuk pertukaran.
  • Cari Jodoh ~Jangan tak tahu, ada kes yang menggunakan alasan ini dan berjaya dalam pertukaran guru.
  • Perlukan Suasana Baru ~ Bagi guru yang mahu alasan anda kelihatan lebih positif, anda boleh gunakan alasan ini, iaitu anda mahukan suasana baru yang positif. Seperti yang kita ketahui, tempoh yang berpatutan bagi seseorang guru untuk berada di sesebuah sekolah adalah dalam 5 -6 tahun. Maka ini adalah alasan terbaik untuk anda gunakan jika mahu persekitaran baru.

INFO PENTING PERMOHONAN e-GTUKAR

  • Salinan dokumen yang diperlukan perlu diserahkan kepada pengetua atau guru besar untuk pengesahan
  • Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar. Jika didapati terdapat pemalsuan permohonan tidak akan dilayan
  • Semua jawatan yang dipegang akan tergugur apabila permohonan pertukaran diluluskan

MAKLUMAT LANJUT PERTUKARAN e-GTUKAR

Sebarang info lain anda boleh muat turun senarai FAQ dan juga manual panduan pengguna seperti di pautan di bawah:
👉Soalan Lazim (FAQ) Pertukaran Guru
👉Manual Pengguna e-GTukar

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma