eCENCUS Banci 2020: Cara Daftar & Jawab Soal Selidik Secara Online

Bancian yang dilaksanakan setiap 10 tahun sekali kini masanya tiba lagi. Banci 2020 adalah yang keenam dilaksanakan semenjak penubuhan Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia akan mula melancarkan Banci 2020 bermula 7 Julai 2020.

Bancian ini adalah penting untuk mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil. Data banci ini akan menjadi sumber utama dan penting dalam penyelidikan rancangan pembangunan negara.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, anda boleh laksanakan banci terhadap diri anda secara online dengan mudah. Ikuti perkongsian ini untuk caranya.

PELAKSANAAN BANCI 2020

Pelaksanaan Banci 2020 membabitkan lebih kurang 32.7 juta penduduk Malaysia dan sembilan juta tempat kediaman. Banci 2020 akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu:

  • Fasa Pertama: 7 Julai hingga 30 September 2020 (secara online)
  • Fasa Kedua: 7 Oktober hingga 24 Oktober 2020 (secara temu ramah bersemuka)

INVITATION CODE MELALUI POSKAD

Poskad banci seperti visual akan mula diedarkan pada 6 Jun 2020 ke setiap rumah. Di poskad tersebut akan tertera Invitation Code seperti berikut:

eCENCUS Banci 2020: Cara Daftar & Jawab Soal Selidik Online

Jika Tidak Terima Poskad?

Jika anda tidak menerima sebarang poskad, anda boleh dapatkan Invitation Code melalui Pra Pendaftaran e-CENCUS di pautan berikut:

Anda akan menerima invitation code melalui email.

eCENCUS Banci 2020: Cara Daftar & Jawab Soal Selidik Online

Anda akan menggunakan kod tersebut untuk membuat pendaftaran banci secara online.

CARA DAFTAR BANCI E-CENCUS

Berikut adalah cara menjawab soal selidik Banci 2020 menggunakan sistem e-CENCUS:

  1. Layari laman web e-CENCUS
  2. Klik butang ‘Pengguna Kali Pertama‘ untuk mendaftar e-CENCUS
  3. Kemaskini maklumat seperti nama penuh, alamat emel dan nombor telefon
  4. Masukkan INVITATION CODE dan klik DAFTAR
  5. Daftar dengan menggunakan One Time Password (OTP) yang dihantar melalui SMS telefon anda
  6. Masukkan Nombor Pengenalan Diri yang sah dan klik Seterusnya
  7. Sila jawab SEMUA soalan dan klik SETERUSNYA dan SAHKAN
  8. Notifikasi akan dihantar melalui Emel kepada anda.

eCENCUS Banci 2020: Cara Daftar & Jawab Soal Selidik Online

Untuk maklumat lanjut mengenai Banci 2020 melalui e-Cencus, anda boleh hubungi Jabatan Perangkaan menerusi talian 1800 88 7720 atau terus ke laman rasmi MyCencus.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma