DIY Hand Sanitizer: Cegah Covid-19 Di Rumah Dengan Hand Sanitizer Anda Sendiri. Cuma 2 Bahan Untuk 5 Botol
Semua sedia maklum bahawa COVID-19 menyebar melalui perhubungan antara manusia dan salah satu cara yang paling berkesan untuk membendung penyebarannya adalah dengan mencuci tangan. Hand sanitizer adalah sangat berkesan dalam membunuh bakteria dan virus serta mudah digunakan apabila berada di luar.
Dalam keadaan wabak COVID-19 yang semakin luas merebak dan menjadi kebimbangan semua orang, stok hand sanitizer di farmasi mula berkurangan dan kadang kala sehingga kehabisan stok.
Ada juga manusia yang mengambil kesempatan dengan menjualnya dengan harga yang mahal kerana permintaannya yang sangat tinggi sekarang.
Dengan perkongsian ini, anda tidak perlu lagi risau jika tidak dapatkan stok hand sanitizer di luar kerana anda boleh buat sendiri dengan menggunakan hanya 2 bahan dan memperoleh sehingga 5 botol hand sanitizer.
Isi Kandungan
CARA MEMBUAT HAND SANITIZER SENDIRI DI RUMAH
Hand sanitizer terdiri daripada formula yang sangat asas dan mudah untuk membuat sendiri di rumah jika farmasi atau peruncit kehabisan stok.
Ini adalah bahan-bahan yang diperlukan:
- Dettol
- Sterile Water
Kaedah membuat hand sanitizer sendiri adalah:
- Campurkan 20% Dettol & 80% sterile water.
- Bagi 100ml hand sanitizer: 20ml Dettol & 80ml sterile water.
- Bagi 500ml hand sanitizer: 10ml Dettlo & 40ml sterile water.
- Boleh sukat menggunakan picagari atau alat sukatan lain yang sesuai.
- Masukkan campuran tersebut dalam botol spray. Hand sanitizer sedia digunakan!
INFO EKSTRA
Menurut saranan ahli farmasi, formula ini hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas sahaja. Ketebalan kulit kanak-kanak 10 tahun ke bawah adalah lebih nipis. Kesan Dettol agak kuat pada kulit. Dibimbangi memberi kesan pada kulit kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah
HASIL YANG MENJIMATKAN
Dengan hand sanitizer yang dibuat sendiri di rumah, harga bahan-bahan adalah lebih murah iaitu:
500ml sterile water: RM6.90
50ml Dettol: RM4.80
Total: RM11.70
Dengan hanya menggunakan kos RM11.70, anda dapat hasilkan 250ml hand sanitizer bersamaan 5 botol dengan kuantiti 50ml.
Jika diikutkan dengan harga di pasaran sekarang, 50ml hand sanitizer boleh mencecah RM8.00 sebotol. Tetapi jika anda buat sendiri menggunakan formula Dettol & sterile water ini, anda boleh jimat belanja dan dapatkan dalam kuantiti yang lebih banyak.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua yang buntu mencari hand sanitizer di pasaran dan ingin menjimatkan perbelanjaan. Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan dan sentiasa menggunakan hand sanitizer jika berada di luar terutama di tempat awam. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Ir Abdul Rahman Bahasa