Feri P.Pinang Tawar Diskaun 50% Tambang Motosikal & Basikal Serta Tambang Percuma Feri Pejalan Kaki

Berita baik buat pengguna feri Pulau Pinang! Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) akan menawarkan diskaun tambang feri kepada pengguna motosikal dan basikal serta tambang percuma kepada pengguna pejalan kaki sepanjang tempoh yang ditetapkan.

Tawaran ini adalah terhad kepada warganegara Malaysia sahaja. SPPP berharap dengan tawaran tambang feri pada saat kritikal ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bebanan kos perjalanan rakyat yang berulang alik menggunakan pengangkutan awam.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran diskaun serta tambang percuma feri Pulau Pinang.

TAWARAN PENGGUNA FERI PULAU PINANG

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) menawarkan kemudahan berikut untuk pengguna feri Pulau Pinang:

Diskaun 50% Feri Roro – Motosikal & Basikal

Tambang Percuma Perkhidmatan Feri Pejalan Kaki

TEMPOH TAWARAN

Tempoh tawaran kemudahan diskaun dan tambang percuma ini adalah sah dalam tempoh berikut:

  • Diskaun Feri Roro – Motosikal & Basikal
    – Mulai 1 Januari 2022 – 30 Jun 2022
  • Tambang percuma Feri Pejalan Kaki
    – Mulai 1 Januari 2022 – 31 Disember 2022

Pengguna feri RORO akan melalui kaunter tiket seperti biasa dan tambang akan terus ditolak diskaun secara automatik pada tempoh tawaran berikut.

Pastikan anda rancang perjalanan anda sebaiknya sebelum mulakan sesuatu perjalanan dan sentiasa patuhi SOP di mana pun anda berasa.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma