Diskaun Saman PDRM 50%, Bayar Saman Online Di MyEG, Rilek. Di Buka 4 Hari Sahaja
Berita baik buat anda yang masih mempunyai saman tertunggak yang masih belum dibayar! Inilah masanya untuk anda melunaskan semua saman yang ada kerana bermula 18 Mei anda boleh nikmati 50% diskaun apabila membayar saman secara online di portal MyEG atau Rilek.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melancar kempen bayaran saman secara ‘e-payment’ bermula 18 Mei hingga 21 Mei ini, dengan pemberian diskaun sebanyak 50 peratus bersempena Peringatan Hari Polis ke-2.
Apa yang anda perlu lakukan adalah semak senarai saman kenderaan anda dan buat pembayaran secara atas talian. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara semak saman dan membuat pembayaran di portal.
Isi Kandungan
DISKAUN SAMAN ONLINE
Pengarah JSPT, Datuk Azisman Alias, berkata ia bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membayar saman secara ‘e-payment’.
Menurutnya lagi, kempen ini juga adalah langkah jabatan bagi menggalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan di seluruh negara.
SAMAN YANG TAK LAYAK MENDAPAT DISKAUN
Untuk makluman tiada diskaun bagi kesalahan saman di bawah. Pastikan anda buat semakan jenis saman anda dahulu.
- Saman Kemalangan Tahun 2019 & 2020
- Saman Dalam Perbicaraan
- Saman Op Selamat Tahun 2019 & 2020
- Saman Berstatus NC
- Saman Waran Tangkap
SEMAK SAMAN KENDERAAN
JIka anda terlupa berapa banyak saman atas kenderaan anda yang ada, anda boleh semak saman secara online di laman MYEG dan Rilek dan terus buat pembayaran online jika ada. Ikuti cara di bawah.
Sila buat semakan saman anda di sini dahulu Check Saman Online: Cara Semak Saman JPJ, Polis Trafik & AES
Melalui MYEG
- Layari laman web rasmi MyEG
- Kemudian login menggunakan butiran yang telah didaftarkan sebelum ini (jika belum daftar sebagai pengguna sila daftar dahulu)
- Pergi ke pautan e-Services dan pilih sama ada nak semak saman PDRM/ JPJ / AES
- Kemudian paparan saman akan dikeluarkan
- Jika ingin membuat pembayaran anda boleh teruskan kepada pembayaran online.
Melalui Portal Rilek
- Layari portal RILEK
- Sila daftar sebagai pengguna
- Kemudian login menggunakan username & password yang telah didaftarkan
- Kemudian klik pada menu “Search By” dan pilih semak saman JPJ / Polis
- Isi maklumat yang diminta dan klik butang Semak
Semak Saman Polis Melalui SMS
- Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan
- Hantar ke 15888
- Contoh: POLIS SAMAN AKU8055
ATAU
- Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan
- Hantar ke 15888
- Contoh: POLIS SAMAN 860511057812
Jika sudah semak ada saman tu, jangan lupa untuk terus buat pembayaran sementara diskaun masih ada! Kongsikan kepada rakan dan keluarga juga bagi menjimatkan wang mereka. Ingat, diskaun ini sah sehingga ke tarikh yang diberitahu sahaja, jangan tangguh lagi.