Pendaftaran Diploma Pengurusan Bahagian Makanan & Minuman (F&B) Kolej Yayasan Felda 2020/2021
Kolej Yayasan Felda yang terletak di Wilayah Mempaga mula beroperasi pada bulan Julai 2006. Kolej ini menawarkan 9 kursus kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Kini Kolej Yayasan Felda membuka peluang kemasukan program Diploma Pengurusan Makanan & Minuman (F&B) bagi warganegara Malaysia yang berminat dalam bidang ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan cara kemukakan permohonan.
Isi Kandungan
LALUAN KERJAYA
Graduan lepasan program pengajian ini berpeluang:
- Menjadi Manager di hotel/resort/restoran terkemuka di dalam dan luar negara
- Membuka perniagaan sendiri
- Menjadi tenaga pengajar
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan:
- Warganegara Berumur 15 hingga 30 tahun
- Bujang
- Sihat tubuh badan
- Tiada rekod jenayah
KELEBIHAN PROGRAM
Antara kelebihan mengikuti program ditawarkan adalah:
- Yuran Pengajian percuma
- Penginapan percuma
- Makan & minum percuma
- Yuran Pendaftaran dengan kadar yang minima
CARA MEMOHON
Sekiranya anda berminat dengan program Diploma yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan di atas, anda boleh buat permohonan secara atas talian sekarang melalui pautan berikut:
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai program Diploma yang ditawarkan, anda boleh hubungi salah satu talian berikut:
- 016 491 0711
- 017 840 1545
- 013 993 5511