Permohonan Diploma Pendidikan DPPPI USIM Dibuka

Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) DPPPI yang ditawarkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan kursus dua semester yang meliputi amali praktikal. USIM menyediakan platform formal bagi para siswazah untuk memperlengkapkan diri dengan kemahiran ikhtisas yang melayakkan mereka untuk menjadi guru yang diiktiraf.

Program ini akan membentuk guru yang berkemahiran dalam ilmu akademik dan pedagogi dalam disiplin Pendidikan Islam yang bestari dan berketerampilan dalam pembelajaran dan pengajaran.

Program ini adalah ditawarkan secara pasaran terbuka (open market). Individu yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan ini adalah dipelawa untuk mohon bagi kemasukan Oktober 2024 sebelum 15 Julai 2024.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) DPPPI
  • Nama institusi: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Fakulti: Fakulti Pengajian Bahasa Utama / Faculty of Major Language Studies
  • Kemasukan: Oktober 2024
  • Tarikh Permohonan di Buka: 15 Mei 2024 – 15 Julai 2024
  • Tempoh pengajian: 2 Semester (1 tahun)

Baca juga: Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UKM Kini Dibuka

PENGKHUSUSAN PROGRAM

USIM hanya menawarkan Diploma Pascasiswazah Pendidikan dalam pengkhususan:

  • Pendidikan Islam

KELEBIHAN PROGRAM

Antara kelebihan mengikuti program pengajian Diploma Pendidikan USIM adalah:

  • Melatih guru dalam bidang Pendidikan Islam yang dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran khusus yang sangat diperlukan bagi membentuk pelajar yang syumul dan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta membina masyarakat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dalam meneruskan kelangsungan pembangunan negara
  • Memupuk personaliti guru yang unggul, berketerampilan, berdaya saing dan menjadi penggerak kepada perubahan minda masyarakat dalam memahami konsep islam yang sifatnya progresif dan semasa

SYARAT KEMASUKAN

Permohonan adalah dibuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

Syarat Am Universiti

  • Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75 atau pangkat Jayyid
  • Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti
  • Pelajar semester akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia juga boleh dimohon
  • Lulus SPM Setaraf dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia Kertas Julai
  • Lulus mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik Kertas Julai
  • Lulus Ujian MEdSI dan temuduga yang ditetapkan

Syarat Khas Program

  • Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Pengajian Islam atau yang berkaitan dari mana-mana IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK
  • Mendapat kepujian sekurang-kurangnya dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab Komunikasi dan mana-mana 2 daripada mata pelajaran berikut di peringkat SPM:
    i) Pendidikan Islam
    ii) Tassawwur Islam
    iii) Pendidikan Syariah Islamiyyah
    iv) Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah
  • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu mata pelajaran lain di peringkat SPM
  • Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM

YURAN PENGAJIAN

Berikut merupakan Yuran Pengajian DPPPI USIM bagi tiap semester.

Semester  Fasa 1  Fasa 2 
1  RM 2750  RM 2500 
2  RM 2500  RM 2500 

CARA MENDAFTAR

Bagi yang berminat untuk daftar kemasukan Oktober 2024, anda boleh buat permohonan secara online melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut dan proses permohonan, sila daftar di laman web ICGS USIM. Anda juga boleh rujuk manual permohonan untuk panduan lengkap.

Untuk mendaftar, pemohon diminta ikut langkah berikut:

  1. Buka akaun
  2. Login dan lengkapkan maklumat permohonan
  3. Hantar permohonan
  4. Buat bayaran proses berjumlah RM60 melalui kaedah:
    i) Bayaran secara ansuran; atau
    ii) Potongan Akaun 2

Jika ada pertanyaan, sila hubungi kami melalui talian berikut:

Semoga berjaya dalam permohonan anda! 🌟

 

 

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma