Mohon Data Internet Selangor Percuma 12 Bulan Terbuka Buat Semua Golongan

Tawaran Data Internet Selangor PERCUMA selama 12 bulan buat semua golongan yang merupakan penduduk Selangor!  Inisiatif Data Internet Selangor (DIS) adalah merupakan sebuah inisiatif daripada Kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi bertujuan memberi bantuan kad SIM.

Selama 12 bulan, penerima yang melanggani pakej data internet yang ditawarkan di bawah program DIS akan diberikan data internet secara percuma berdasarkan kuota yang diperuntukkan untuk tempoh 12 bulan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Data Internet Selangor dan golongan sasaran yang layak mohon.

TARIKH PERMOHONAN & PENYERAHAN

Semak tarikh penting permohonan dan penyerahan kad sim berikut:

  • Tarikh permohonan: 15 Julai hingga 15 September 2021
  • Tarikh penyerahan kad sim: 1 Oktober 2021

MANFAAT DATA INTERNET SELANGOR

Manfaat Data Internet Selangor Percuma disediakan untuk memberi kemudahan seperti berikut:

  • Golongan sasaran akan diberikan data internet secara percuma berdasarkan kuota yang diperuntukkan untuk tempoh 12 bulan
  • Golongan sasaran adalah penduduk bermastautin di Selangor dan termasuk dalam kategori-kategori yang dinyatakan

GOLONGAN SASARAN

Berikut adalah senarai golongan sasaran yang layak buat permohonan Data Internet Percuma Selangor:

  • Pusat Khidmat DUN
  • Pelajar (Yayasan Selangor & PTRS)
  • Peniaga Dalam Talian
  • Petani
  • Peniaga Kecil & Rider e-Hailing
  • Belia (UNISEL, STDC & KUIS)
  • Ibu-ibu Tunggal
  • Ketua Kampung Tradisi & SU
  • Ketua Kampung Bagan/Baru & SU
  • Ketua Komuniti India & SU
  • Nazir, Imam, Bilal, Siak & Penceramah Agama Bertauliah
  • Ibu-ibu Tunggal
  • Orang Asli

PAKEJ LANGGANAN PERCUMA DITAWARKAN

Berikut adalah tiga pakej langganan Data Internet Selangor PERCUMA untuk dipilih:

Mohon Data Internet Selangor Percuma Selama 12 Bulan Terbuka Buat Semua Golongan

CARA MOHON

Individu yang memerlukan bantuan Data Internet Selangor Percuma ini boleh kemukakan permohonan melalui saluran-saluran yang betul. Saluran permohonan untuk setiap golongan adalah berbeza. Nak tahu anda perlu mohon di mana, rujuk di laman berikut:

PERMOHONAN DATA INTERNET SELANGOR PERCUMA

Antara maklumat yang diperlukan untuk mohon Data Internet Selangor Percuma adalah:

  • Nama penuh seperti di dalam kad pengenalan
  • Nombor kad pengenalan
  • Alamat rumah (bukti bermastautin di Selangor)
  • Nombor telefon untuk dihubungi
  • TELCO pilihan

Pemohon akan dihubungi oleh syarikat telekomunikasi pilihan anda sebelum 1 Oktober 2021. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke laman www.dis.borangmbiselangor.com atau hantarkan emel ke alamat dis@mbiselangor.com.my.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma