Permohonan Dana Didik Johor 2023 Di Buka. Percuma Caruman RM100 Bagi Setiap Kelahiran Bayi
Dana Didik Johor menyediakan peluang insentif penabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) seawal usia sehari kepada anak kelahiran negeri Johor.
Inisiatif tersebut merupakan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Kesihatan Johor dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Johor.
Menerusi langkah itu, setiap bayi kelahiran Johor sepanjang tahun 2023 akan menerima bantuan caruman sebanyak RM100.
Di bawah dikongsikan maklumat penting seperti borang permohonan, syarat-syarat, cara permohonan dan tarikh berkaitan Dana Didik Johor 2023.
Isi Kandungan
PERMOHONAN DANA DIDIK JOHOR TAHUN 2023
Syarat Kelayakan Mohon Dana Didik Johor
Terdapat beberapa syarat am kelayakan permohonan Dana Didik Johor seperti berikut:
- Ibu dan Bapa adalah warganegara Malaysia. (Keutamaan akan diberikan kepada ibu dan bapa yang lahir di Negeri Johor).
- Bayi dilahirkan di Johor bermula 1 Januari 2023
- Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM7,000 sebulan.
- Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat (bayi) berusia 18 tahun
Tempoh Permohonan
- Permohonan dibuka bermula 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023 (dibuka sepanjang tahun)
- Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh lahir bayi.
Tempoh Penerimaan
Dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima, pemohon akan menerima resit pembukaan akaun SSPM-i bernilai RM100.00 daripada pihak PTPTN.
Langkah Membuat Permohonan Dana Didik Harapan Johor
Berikut dikongsikan carta alir proses permohonan dalam memudahkan ibu bapa melengkapkan dan menghantar borang permohonan:
Borang permohonan boleh didapati di semua wad-wad bersalin hospital utama kerajaan di Johor, Yayasan Pelajaran Johor, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Negeri Johor dan semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor mulai 1 Januari 2023.
Anda juga boleh muat turun borang permohonan yang telah dikongsikan di lama YPJ berikut:
- Borang Permohonan Akaun SSPM-i PTPTN (Dana Didik Harapan Johor)
- Rekod Penerimaan Borang Permohonan
- Borang Pengesahan Pendapatan Ibu dan Bapa
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
- Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPM-i PTPTN (Dana Didik Harapan Johor)
- Salinan Sijil Kelahiran bayi
- Slip Penyata Pendapatan Gaji Ibu dan Bapa ATAU Borang Pengesahan Pendapatan Gaji (bagi ibu bapa yang tiada slip pendapatan gaji/tidak bekerja)
- Salinan dokumen di atas hendaklah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) / Penjawat Awam Gred 41 dan ke atas/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK dan yang setaraf dengannya.
Lokasi Penghantaran Borang Permohonan
Permohonan hendaklah dihantar ke salah satu daripada 29 lokasi di Negeri Johor seperti berikut:
- Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Batu Pahat
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Pontian
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Muar
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kota Tinggi
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Tangkak
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kulai
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Segamat
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kluang
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Mersing
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Simpang Rengam
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Rengit
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Yong Peng
- Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Labis
- Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pasir Gudang
- Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Bandar Penawar
- Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pagoh
- Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan UTC Johor
- Jabatan Pendaftaran Negara RTC Kulai
- Pejabat Yayasan Pelajaran Johor, Larkin
- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor
- Pejabat PTPTN Cawangan UTC Johor
- Pejabat PTPTN Cawangan Pasir Gudang
- Pejabat PTPTN Cawangan Kluang
- Pejabat PTPTN Cawangan Batu Pahat
- Pejabat PTPTN Cawangan Muar
- Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Kota Tinggi)
- Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Mersing)
- Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Segamat)
Maklumat Lanjut Permohonan Dana Didik Harapan Johor
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dana ini, berikut disediakan pautan kepada laman web rasmi Yayasan Pelajaran Johor beserta emel dan no. telefon/fax untuk rujukan:
- Laman Web Rasmi YPJ
- Emel : info@ypj.gov.my
- Telefon : 07-234 4355 atau 07-236 1081
Semoga perkongsian mengenai Bantuan Dana Didik Harapan Johor 2023 ini bermanfaat dan dapat membantu ibu bapa yang berhasrat untuk membuat permohonan. Semoga permohonan yang dilakukan berjaya dan diluluskan.