Program Dana Bantuan Guaman Selangor: Subsidi RM2,000 Untuk Khidmat Guaman Percuma

Rakyat di negeri Selangor berpeluang mendapat nasihat guaman secara percuma menerusi Dana Bantuan Guaman Selangor (DBGS). Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Peguam Malaysia dan Majlis Peguam Selangor itu membabitkan peruntukan RM1 juta.

Kerajaan negeri mendapati ramai miskin bandar di Selangor yang terdedah kepada kegiatan luar batas undang-undang. Jadi mereka boleh dapatkan nasihat guaman daripada The Selangor Bar (Majlis Peguam Selangor) melalui peruntukan ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Dana Bantuan Guaman Selangor (DBGS) yang ditawarkan.

KES YANG LAYAK DAPAT BANTUAN GUAMAN

Pemberian Dana Bantuan Guaman Selangor (DBGS) adalah khusus kepada kes-kes berikut:

  • Kes sivil berkaitan keluarga yang merangkumi hak penjagaan melalui petisyen bersama dan tunggal
  • Isu pekerja

KADAR BANTUAN

Kerajaan negeri akan memberi subsidi melalui Dana Bantuan Guaman Selangor (DBGS) sebanyak:

  • Kes individu: Subsidi RM1,500
  • Saman tindakan undang-undang: Subsidi RM2,000 maksimum

Peguam yang akan mengadili mereka akan dipilih oleh Majlis Peguam Selangor dan seramai 7,352 peguam yang berdaftar di Selangor akan ditugaskan secara bergilir-gilir untuk mengendalikan kes yang diterima .

CARA MOHON DANA BANTUAN GUAMAN SELANGOR

Mereka yang tidak mampu mendapat proses undang-undang secara adil sama ada (di peringkat) negeri mahupun persekutuan boleh memohon perkhidmatan ini. Permohonan dana bantuan guaman ini boleh dibuat melalui:

  • Ibu Pejabat Majlis Peguam Selangor
  • Pusat khidmat Adun Selangor
  • Pusat komuniti setempat
  • Lokasi terpilih lain yang akan diumumkan

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan Dana Bantuan Guaman Selangor (DBGS), anda boleh terus ke lokasi yang dinyatakan di atas.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma