Cara Daftar SSM BizTrust Percuma Sehingga Disember 2021. Perniagaan Lebih Dipercayai

KPDNHEP telah memperkenalkan SSM BizTrust sejak tahun 2017 lagi. Namun, masih ramai yang tidak mengenali perkhidmatan yang menyediakan khidmat seperti pendaftaran perniagaan, keselamatan dalam talian dan perlindungan maklumat ini.

Dengan pendaftaran SSM BizTrust, perniagaan anda akan lebih dipercayai oleh pembeli kerana mendapat pengiktirafan. Kini, anda boleh daftar SSM Biztrust secara PERCUMA sehingga hujung tahun 2021.

Jangan lepaskan peluang ini, jom daftar SSM BizTrust secara percuma secara online di sini.

TARIKH PENDAFTARAN SSM BIZTRUST PERCUMA

Anda boleh buat pendaftaran SSM BizTrust secara PERCUMA sehingga:

  • 31 Disember 2021

KELEBIHAN SSM BIZ TRUST

Antara kelebihan mendaftarkan perniagaan anda dengan SSM BizTrst adalah:

  • Simbol pengiktirafan dan piawaian kualiti ini tentunya akan meyakinkan pengguna untuk melakukan urus niaga bersama entiti perniagaan terbabit, sekali gus membantu melindungi pengguna daripada penipuan urus niaga dalam talian mahupun secara fizikal
  • Peniaga atas talian yang layak dan berjaya memperolehi pensijilan SSM BizTrust akan dapat memaparkan logo SSM BizTrust pada laman sesawang, media sosial dan blog perniagaan mereka
  • Meyakinkan pengguna untuk melakukan urusniaga bersama entiti perniagaan terbabit, sekaligus membantu melindungi pengguna dari penipuan urusniaga atas talian mahupun secara fizikal

KPDNHEP menyeru para peniaga untuk memanfaatkan kemudahan ini bersama kerajaan membina semula ekonomi domestik negara demi masa depan lebih baik bersama.

SSM BizTrust ini juga membantu pembeli untuk hanya berurusniaga dengan entiti perniagaan diiktiraf dan memiliki logo BizTrust untuk melindungi mereka daripada dimanipulasi peniaga tidak bertanggungjawab.

CARA DAFTAR SSM BIZTRUST PERCUMA

Berikut adalah langkah membuat pendaftaran SSM BizTrust secara percuma:

  1. Pergi ke pautan biztrust.ssm.com.my
    Cara Daftar SSM BizTrust Percuma Sehingga Disember 2021. Perniagaan Lebih Dipercayai
  2. Klik SIGN IN
    Cara Daftar SSM BizTrust Percuma Sehingga Disember 2021. Perniagaan Lebih Dipercayai
  3. Untuk pengguna kali pertama, klik DAFTAR AKAUN untuk buat akaun baharu
  4. Setelah daftar, log in seperti biasa
  5. Buat permohonan SSM BizTrust dengan langkah yang ditunjuk sehingga selesai
Nota: Pendaftaran ini adalah secara online dan beroperasi 24 jam sehari seminggu.
Untuk maklumat lanjut mengenai SSM BizTrust, anda boleh terus ke laman web https://biztrust.ssm.com.my/ atau hubungi Pusat Perhubungan SSM di talian 03 7721 4000 atau email ke alamat enquiry@ssm.com.my.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma