JKM Buka Peluang Untuk Sertai Sukarelawan Skuad Prihatin Negara (SPN) Bantu Golongan Terjejas

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini telah mewujudkan Skuad Prihatin Negara (SPN) dalam usaha membantu golongan yang terkesan akibat banjir.

Terkini, dalam usaha membantu kumpulan sasar yang memerlukan bantuan dan terkesan akibat pandemik Covid-19, JKM mempelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk sertai Skuad Prihatin Negara (SPN).

Bagi yang berminat boleh ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan membuat pendaftaran Sukarelawan Skuad Prihatin Negara.

MATLAMAT SKUAD PRIHATIN NEGARA

Kewujudan SPN adalah sebagai tanda:

  • Keprihatinan kerajaan terhadap isu-isu dan permasalahan rakyat dengan melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan sebagai menepati hasrat untuk mendampingi rakyat di peringkat akar umbi

Menyedari akan keperluan semasa negara yang berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan ramai rakyat yang terkesan, JKM mempelawa orang ramai sertai sukarelawan ini untuk:

  • Berganding bahu mendampingi dan menyantuni kumpulan sasar yang terkesa dengan pandemik Covid-19 atas semangat bersatu “Memerangi Covid-19”

CARA DAFTAR SKUAD PRIHATIN NEGARA

Warganegara Malaysia yang berminat untuk sertai Sukarelawan Skuad Prihatin Negara boleh buat pendaftaran yang DIBUKA sekarang. Scan QR code untuk mendaftar sebagai Skuad Prihatin Negara atau isi borang pendaftaran seperti berikut:

  1. Pergi ke pautan https://www.jkm.gov.my/jkm/spnegara.html
  2. Lengkapkan Borang Keahlian Skuad Prihatin Negara yang dipaparkan

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari portal www.jkm.gov.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma