Temuduga PenjanaKerjaya 2.0: Daftar Program Place & Train Untuk Penempatan Pekerjaan
PERKESO Terenganggu dan Terengganu Oil & Gas Council (TOGC) kini menganjurkan program Place & Train yang menyediakan tawaran pekerjaan buat pencari kerja di luar sana. Perkhidmatan latihan turut dibiayai sepenuhnya di bawah Program PenjanaKerjaya 2.0.
Program ini adalah program pekerjaan, bukan program untuk mengumpul sijil. Siapa yang layak akan dipanggil dan akan ditemuduga. Penempatan pekerjaan adalah dijamin setelah tamat program latihan.
Orang ramai yang berminat boleh hadiri temuduga dengan majikan TOGC. Semak syarat kelayakan dan isi borang permohonan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
PENEMPATAN PEKERJAAN
Penempatan pekerjaan bagi pemohon yang lulus disediakan di:
- Rohana Nurseri & Trading Sdn. Bhd.
- Trans Ismor Engineering Sdn. Bhd.
- Solace Marine Sdn. Bhd.
- Singa Marine Sdn. Bhd.
- Langkah Tepat Enterprise
SYARAT KELAYAKAN PROGAM
Syarat kelayakan mengikuti program pekerjaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 40 tahun ke bawah
- Penganggur dan orang kehilangan pekerjaan diutamakan
- Golongan mudah terjejas
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan bebas dadah
- Tiada rekod jenayah
FAEDAH KURSUS
- Jaminan penempatan pekerjaan dan WAJIB bekerja selepas ditempatkan
- Penginapan makan dan minum disediakan
- Yuran kursus PERCUMA
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pekerjaan dengan program yang ditawarkan, anda boleh dapatkan borang temuduga sekarang yang boleh diisi secara online di pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Encik Yunus di talian 019-2563352 atau email ke alamat yunus.muda@perkeso.gov.my.