Daftar PICKids: 3 Langkah Daftar Vaksin Covid-19 Kepada Anak 5 – 12 Tahun
Untuk makluman anda, kerajaan akan memulakan Program Imunisasi Covid-19 bagi kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022. Setakat ini hanya dos pediatrik vaksin Pfizer- BioNTech/ Corminaty yang telah diluluskan untuk kanak-kanak kategori umur ini. Ianya telah dibuktikan selamat dan berkesan.
Oleh itu, ibu bapa yang nak daftarkan anak untuk pemberian vaksin Covid-19 dan boleh buat pendaftaran melalui MySejahtera di bawah program PICKIDS. Walaupun pemberian vaksin kepada golongan ini tidak diwajibkan, ibu bapa digalakkan untuk mendaftarkan anak masing-masing demi melindungi mereka daripada Covid-19.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian vaksin program PICKids dan panduan buat pendaftaran anak bagi penerimaan vaksin Covid-19.
Isi Kandungan
SISTEM TEMPAHAN JANJI TEMU VAKSINASI KANAK-KANAK
Menteri Kesihatan memaklumkan sistem tempatan janji temu pemberian vaksinasi kanak-kanak melalui MySJ akan dibuka pada:
- Akhir bulan Januari 2022
- Bermula di Lembah Klang dahulu
SELAMAT KE VAKSIN COVID-19 KEPADA KANAK-KANAK?
Jangan risau, baca perkongsian ini:
CARA DAFTAR
Berikut adalah panduan buat pendaftaran vaksinasi kanak-kanak melalui MySejahtera:
TIADA SEKATAN DIKENAKAN KEPADA KANAK-KANAK TIDAK DIVAKSI
Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Kerajana tidak akan mengenakan sekatan kepada kanak-kanak berusia 5 – 11 tahun yang tidak mendapat vaksin Covid-19. Golongan ini tidak akan disekat seperti golongan dewasa yang tidak divaksin kerana Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) adalah tidak wajib.
Namun ibu bapa digalakkan untuk mendaftarkan anak masing-masing di aplikasi MySejahtera (MySJ) demi melindungi mereka daripada Covid-19.
KKM mensyarasarkan 70% kanak-kanak lima hingga 12 tahun dalam sistem pendidikan, dapat diberikan dos satu vaksin Pfizer (kanak-kanak) dalam tempoh 2 bulan dari tarikh program dilancarkan pada awal Februari 2022, dan 80% akan menerima dos lengkap dalam tempoh enam bulan.