Daftar PenjayaKerjaya 2.0 PERKESO: Peluang Kerja Buat Semua Belia Dengan Elaun Minima RM1,500
Program PenjanaKerjaya 2.0 merupakan satu Program Perantisan di bawah Kementerian Sumber Manusia (PERKESO) yang dilaksanakan bagi memberi pengalaman bekerja jangka pendek sepenuh masa sekurang-kurangnya 3 bulan kepada para belia.
Program ini juga ditambahbaik dengan memberi insentif sehingga RM1,000 sebulan kepada majikan untuk menggaji belia bagi meningkatkan peluang pengambilan belia bekerja.
Semak kelayakan dan maklumat lanjut pendaftaran Program PenjanaKerjaya 2.0 di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
OBJEKTIF PROGRAM PENJANAKERJAYA 2.0
Objektif utama Program PenjanaKerjaya 2.0 dilancarkan adalah bagi:
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam alam pekerjaan melalui latihan on-the-job bagi meningkatkan kebolehan mereka
KELAYAKAN MENDAFTAR
Antara syarat kelayakan belia yang layak mendaftar Program PenjanaKerjaya 2.0 adalah:
- Lepasan sekolah/ graduan berumur 18 hingga 30 tahun
- Calon masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap
- Calon mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan-badan berkanun
Calon yang TIDAK LAYAK mendaftar Program PenjanaKerjaya 2.0 adalah:
- Pelajar menjalani Latihan Industri (Internship)
- Pelajar yang masih belum tamat pengajian
- Bukan warganegara
INSENTIF PERANTISAN
Dalam menggalakkan pengambilan belia bekerja insentif perantisan diberikan seperti berikut:
- Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mengambil lepasan sekolah dan graduan bagi Program Perantisan
- Tempoh bayaran adalah selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan minimum 3 bulan
- Gaji/ elaun minimum adalah RM1,500 sebulan
- Majikan boleh memohon hanya 1 kursus latihan untuk perantis dengan kos maksimum RM4,000
- Pekerja juga layak menerima elaun kesediaan kerja/ bantuan
SYARAT TAMBAHAN
Berikut adalah syarat tambahan bagi majikan yang berminat untuk sertai Program perantisan:
- Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di Portal MyFutureJobs
- Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO
- Tarikh permohonan adalah bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021
- Sekiranya permohonan adalah pada 30 Jun 2021, majikan layak membuat tuntutan bagi elaun gaji bulan Julai, Ogos dan September 2021
- Majikan layak memohon 3 bulan insentif PenjanaKerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis berkenaan diserap sebagai pekerja tetap
CARA MEMOHON PROGRAM PERANTISAN
Majikan
Mulai 1 Januari 2021, majikan yang berminat boleh mendaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MYFutureJobs di laman sesawang:
Serta membuat permohonan insentif bagi Program Perantisan ini di laman sesawang:
Belia (Pencari Kerja)
Program Latihan PenjanaKerjaya 2.0 adalah terbuka kepada semua bidang pekerjaan dan perusahaan buat belia. Belia yang berminat untuk dapatkan peluang pekerjaan boleh mohon melalui portal MyFutureJobs di pautan berikut:
Panduan lengkap pendaftaran dan permohonan kerja bagi belia telah lengkap dinyatakan di pautan berikut.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 03-8091 5300/ 1-300-22-8000 atau emel kepada penjanakerjaya@perkeso.gov.my.