Cara Daftar Haji Guna KWSP Percuma Tanpa Deposit RM1,300

Pasti ada di antara kita yang teringin nak daftar haji awal, tetapi semua tahu bahawa jika nak daftar haji, kita kena cukupkan simpanan sebanyak RM1,300 dahulu dalam akaun Tabung Haji. Itu lah masalah yang dihadapi oleh ramai orang kerana RM1,300 bukan satu jumlah yang kecil bagi sesetengah orang.

Bila dah ada simpanan, tiba-tiba emergency terpaksa keluarkan pendaftaran haji secara automatik akan terbatal dan perlulah didaftarkan semula dan akan diberi giliran baru.

Sebenarnya dalam memudahkan dan menggalakkan rakyat Malaysia mendaftar haji, sekarang ini anda boleh membuat pendaftaran haji melalui KWSP dan anda hanya perlu mempunyai RM1,300 di dalam akaun 1 KWSP.

Cara Daftar Haji Guna KWSP Tanpa Deposit RM1,300

SYARAT PENDAFTARAN HAJI GUNA KWSP

Ahli KWSP yang layak membuat pendaftaran Haji perlu penuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
  • Beragama Islam
  • Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
  • Umur bawah 55 tahun
  • Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji
  • Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP berkenaan sahaja.

Cara Daftar Haji Guna KWSP Tanpa Deposit RM1,300

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk membuat pendaftaran Haji menggunakan simpanan KWSP, anda perlu menyediakan dokumen berikut:

  • Kad Pengenalan
  • Penyata ahli KWSP

Anda boleh semak penyata ahli KWSP anda dengan ikut panduan berikut:

CARA MENDAFTAR HAJI MELALU KWSP

Untuk memohon, ikut langkah berikut:

  1. Daftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP 
  2. Hadir di mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat atau Bank Islam
  3. Bawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP
  4. Pergi ke kaunter dan beritahu pegawai untuk buat pendaftaran haji/ tukar kaedah pendaftaran bagi yang pernah mendaftar mengikut prosedur biasa
  5. Lepas pendaftaran dan cop jari, pendaftaran anda selesai
  6. Giliran tahun menunaikan Haji akan diberikan kepada anda

Ahli boleh dapatkan Penyata KWSP melalui i-Akaun, Kiosk, kaunter atau penyata tahunan yang dihantar melalui email. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda merancang untuk pendaftaran haji dengan mudah.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 atau terus ke laman web Tabung Haji.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma