e-SPA Pahang: Panduan Mohon Jawatan Perkhidmatan Awam Negeri Pahang

Anda rakyat negeri Pahang sedang mencari pekerjaan dan berminat nak bekerja dalam sektor kerajaan? Rugi sekiranya anda tak pernah mohon melalui sistem khas permohonan kerja kerajaan di Negeri Pahang iaitu e-SPA Pahang!

Fungsi e-SPA Pahang ini lebih kurang sama sahaja seperti SPA9. Namun SPA9 adalah untuk permohonan jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di seluruh negara manakala e-SPA Pahang adalah dikhususkan untuk jawatan Perkhidmatan Awam di Negeri Pahang.

Bagi yang berminat, anda boleh buat permohonan secara atas talian dengan mudah! Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat permohonan melalui e-SPA Pahang.

Baca juga: E-Recruitment: Cara Daftar Sistem Permohonan Jawatan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

SISTEM E-SPA PAHANG

Sistem ini menyediakan permohonan Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam di Negeri Pahang secara atas talian. Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun. Permohonan hendaklah mendaftar akaun sebelum membuat permohonan pekerjaan. Maklumat skim dan perjawatan yang ingin dimohon boleh dirujuk melalui Skrin Maklumat Skim/ Perjawatan.

Permohonan boleh dikemaskini dari semasa ke semasa melalui akaun pengguna yang telah didaftarkan. Tempoh sah permohonan adalah selama 1 tahun dari tarikh permohonan.

SYARAT PENDAFTARAN E-SPA PAHANG

Berikut adalah syarat pendaftaran e-SPA Pahang:

  • Calon atau ibu atau Bapa (sekurang0kurangnya salah seorang) wajib dikalangan orang Pahang. Perlukan Surat Pemastautin semasa hadir temu duga sekiranya calon bukan dikalangan orang Pahang
  • Calon perlu berdaftar sebagai Pengundi Daftar Pemilih Negeri Pahang
  • Tapisan jawatan berdasarkan pada iklan kekosongan, memenuhi syarat kelayatan jawatan perkhidmatan serta memenuhi syarat kelayakan merit yang ditentukan oleh piham Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang

SKIM PERKHIDMATAN MENGIKUT KELAYAKAN

Pemohon diminta untuk mohon jawatan mengikut kelayakan dan rujuk Skim Perkhidmatan berikut untuk membuat pillihan:

  • Kelayakan Ijazah san Sarjana
  • Kelayakan Diploma, STP, STPM, HSC atau STAM
  • Kelayakan SPM, MCE, SPVM, SPMV, STA, STU atau Sijil
  • Kelayakan PT3, PMR, SRP atau LCE

Semak senarai Skim Perkhidmatan atau jawatan ditawarkan mengikut kelayakan DI SINI.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) menyiarkan iklan sepanjang masa di portal SPANP. Pemohon boleh menyemak maklumat dan memohon jawatan yang diminati serta sesuai dengan kelayakan yang dimiliki. Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Penerbitan iklan oleh SPANP tidak tertakluk pada bila-bila masa, mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.

PANDUAN PENDAFTARAN E-SPA PAHANG

Untuk mohon jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang melalui eSPA Pahang, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu. Klik pautan berikut untuk terus ke laman e-SPA Pahang:

Rujuk panduan lengkap bergambar pendaftaran akaun e-SPA Pahang di bawah:

Anda disarankan untuk tidak terlalu kerap untuk mengemas kini borang pendaftaran eSPA Pahang, jika tiada sebarang perubahan maklumat/jawatan supaya tidak mengganggu proses tapisan yang sedang berlangsung bagi sesuatu urusan pengambilan jawatan. Tempoh yang disarankan adalah setahun sekali.

PRINSIP ONE STEP LOWER

Pemohon boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk yang lebih rendah, iaitu berdasarkan kepada prinsip “one step lower”.

Contoh: Jika anda memiliki kelayakan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC anda boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil (bergantung kepada syarat lantikan). Demikian juga pemohon yang memiliki kelayakan ijazah sarjana muda di peringkat ijazah kepujian/am boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma/STP/STPM/STAM/HSC (bergantung kepada syarat skim lantikan) dengan syarat pemohon mempunyai kelayakan di peringkat Diploma/STPM/STAM/HSC berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan melalui e-SPA Pahang, anda boleh rujuk di laman web spa.pahang.gov.my.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma