E-Recruitment: Cara Daftar Sistem Permohonan Jawatan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
Jika anda merupakan rakyat Negeri Sarawak, sudahkan anda membuat permohonan bagi apa-apa jawatan di Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak? Jika belum, rugilah anda! e-Recruitment digunakan untuk memaparkan jawatan-jawatan kosong di Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.
e-Recruitment adalah salah satu inisiatif digital kerajaan negeri Sarawak. Ia merupakan sistem permohonan kerja atas talian bagi apa-apa jawatan di Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Pelbagai kekosongan jawatan perkhidmatan awam dibuka kepada pemohon yang mempunyai kelayakan Ijazah, Diploma, STPM, Sijil atau SPM dan Sijil Kemahiran/ Tingkatan 3.
Bagi yang masih belum daftar sistem permohonan jawatan e-Recruitment, rujuk langkah pendaftaran di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
KELEBIHAN E-RECRUITMENT
Antara kelebihan e-Recruitment adalah:
- Pemohon boleh memohon 10 jawatan dan permohonan akan sah untuk tempoh 1 tahun
- Pemohon hanya perlu menghantar permohonan atas talian sahaja
- Pemohon boleh mengemaskini maklumat dengan mudah
- e-Recruitment juga akan menghantar notifikasi iklan jawatan kosong kepada pemohon yang sudah mendaftar
Senarai jawatan yang ditawarkan di laman permohonan jawatan e-recruitment boleh dirujuk DI SINI.
SYARAT PERMOHONAN JAWATAN e-RECRUITMENT
Berikut adalah syarat memohon jawatan dalam sistem e-Recruitment:
- Semua permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web http://erecruitment.sarawak.gov.my
- Untuk memohon yang mendaftar secara atas talian online) (termasuk pemohon di kalangan pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat) adalah dikehendaki mengemukakan sijil/dokumen asal dan yang telah disahkan hanya sekiranya berjaya dipanggil untuk menghadiri temuduga seperti berikut:-a) Gambar berukuran passport
b) Kad Pengenalan
c) Sijil Lahir
d) Sijil-sijil Akademik
e) Sijil Berhenti Sekolah
f) Lain-lain dokumen/sijil yang perlu dan ada kaitan dengan permohonan
g) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah mengemukakan semua dokumen di atas dan dokumen berikut:
i) Surat permohonan jawatan kosong melalui Ketua Jabatan dan ulasan sama ada beliau menyokong permohonan tersebut ataupun tidak
ii) Satu salinan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini
iii)Laporan penilaian prestasi tahunan terkini
CARA MEMOHON
Sekiranya anda merupakan pemohon yang BELUM PERNAH mendaftar, anda perlu buat pendaftaran pertama kali:
- Pergi ke laman http://erecruitment.sarawak.gov.my
- Klik DAFTAR
- Pilih jenis akaun
- Lengkapkan semua maklumat yang diminta sehingga langkah 5 iaitu Pendaftaran Lengkap
Log Masuk
Selesai daftar akaun, anda boleh Log Masuk untuk mula membuat permohonan jawatan perkhidmatan awam Negeri Sarawak melalui eRecruitment:
- Pergi ke laman http://erecruitment.sarawak.gov.my
- Klik Log masuk
- Pilih jenis akaun
- Masukkan ID Dan Klik TERUSKAN
- Klik butang ‘sini’ untuk akses ke maklumat peribadi pemohon dan lengkapkan semua maklumat yang lain seperti:
a) Maklumat Peribadi
b) Maklumat Akademik
c) Maklumat Aktiviti luar
d) Maklumat Tambahan
e) Pengakuan Pemohon - Klik butang ‘Borang Permohonan’ dan kemudian klik ke ‘Permohonan Jawatan’ untuk memilih jawatan yang diminati dan bersesuaian dengan kelayakan. Pilih jawatan yang dikehendaki dan klik butang ‘Kemaskini’.
- Sekiranya pemohon ingin menyemak status permohonan, klik butang ‘Borang Permohonan’ dan kemudian klik ke ‘Status Permohonan Jawatan’.
i) Sekiranya status permohonan masih ‘Baru’, bermakna jawatan tersebut masih belum diproses ATAU jabatan yang mengiklan memproses jawatan kosong secara manual.
ii) Sekiranya status permohonan bertukar ‘Memenuhi Kriteria Tapisan’, bermakna permohonan disenarai pendek dan mungkin akan dipanggil untuk temuduga. Semak jadual untuk pengesahan panggilan temuduga ataupun ujian bertulis. Klik ke butang ‘Jadual’ kemudian pilih jenis jadual yang dikehendaki samada ‘Jadual Ujian, Jadual AC, ataupun Jadual Temuduga. Status ‘Memenuhi Kriteria Tapisan’ tidak semestinya dipanggil temuduga.
iii) Sekiranya status permohonan bertukar ‘Tidak Memenuhi Kriteria Tapisan’, bermakna permohonan tidak menepati kriteria senarai tapis pihak kuasa melantik dan tidak disenarai pendek/tidak terpilih untuk ditemuduga. - Klik butang ‘KELUAR’ setelah selesai mendaftar dan memohon
Sekiranya pemohon lupa kata laluan akaun e-Recruitment, klik ‘Lupa Kata Laluan’ di laman utama dan isikan nombor kad pengenalan baru dan alamat emel yang digunakan untuk mendaftar sebelum ini. Kata Laluan yang baru akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan dan sila tukar kata laluan yang diberikan untuk tujuan keselamatan.
Sekiranya pemohon masih menghadapi masalah, sila hubungi pusat panggilan di talian 1-300-88-7246 untuk set semula kata laluan.