Cara Daftar Akaun Dan Beli Barang Di Lazada
Selain Shopee, Lazada juga sering digunakan oleh rakyat di seluruh dunia sebagai salah satu platform membeli belah secara online. Dengan Lazada, ia akan memudahkan anda untuk membeli pelbagai jenis barangan yang anda mahukan tanpa perlu keluar dari rumah.
Memang tidak pelik jika anda tidak tahu membeli di Lazada, kerana ada juga orang yang terbiasa menggunakan Shopee untuk membeli secara online. Namun bagi anda yang ingin menukar platform dan membeli barang di Lazada, mudah sahaja.
Sudah pastinya anda perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu sebelum membeli di Lazada.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara mendaftar akaun Lazada dan membeli barang di Lazada.
Isi Kandungan
CARA DAFTAR AKAUN LAZADA MALAYSIA
- Pertama sekali, muat turun aplikasi Lazada, di Google Play Store untuk Android, ataupun App Store untuk iOS.
- Setelah muat turun (download) aplikasi, buka aplikasi Lazada tersebut.
- Anda akan tiba di laman utama Lazada. Pada bahagian bawah skrin, tekan butang Account.
- Pada laman seterusnya, tekan butang LOGIN/SIGN UP.
- Kemudian, pada laman seterusnya, tekan butang REGISTER.
- Pada laman seterusnya, anda akan mula masukkan maklumat anda. Pada Phone Number, masukkan nombor telefon anda.
- Pada SMS Code, tekan butang SUBMIT di sebelah untuk menerima kod yang akan dihantar oleh Lazada melalui SMS ke telefon pintar anda.
- Tekan butang Next.
- Pada laman seterusnya, masukkan nama penuh anda pada ruangan Full Name.
- Kemudian, pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
- Tekan link Lazada Privacy Policy untuk membaca terma & syarat daripada Lazada.
- Setelah anda bersetuju dengan terma & syarat, tick pada kenyataan tersebut.
- Kemudian, tick pada I want to receive exclusive offers and promotions from Lazada, untuk menerima sebarang tawaran dan promosi daripada Lazada pada setiap masa.
- Tekan butang SIGN UP.
- Pendaftaran akaun anda berjaya. Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan Lazada tanpa perlu memasukkan maklumat anda seperti di atas. Sebaliknya, tekan Sign up with Email untuk mendaftar akaun anda menggunakan emel anda yang aktif. Anda akan dibawa ke laman seterusnya untuk memasukkan emel dan juga password, dan sistem Lazada akan mendapatkan semua butiran peribadi anda yang anda telah sertakan dalam emel anda.
- Selain itu, anda juga boleh mendaftar dengan menekan butang Facebook, untuk mendaftar akaun anda menggunakan akaun Facebook anda, ataupun tekan Google, untuk mendaftar akaun anda menggunakan Google Plus.
Baca juga: Cara Dapatkan Refund Dan Withdrawal Dari Shopee Ke Akaun Bank
CARA BELI BARANG DI LAZADA
- Setalah anda login ke akaun Lazada anda, pergi ke bahagian atas untuk ruangan search. Tekan ruangan tersebut.
- Masukkan kata kunci barang yang anda ingin beli. Misalnya, shampoo. Tekan butang enter pada keyboard telefon anda.
- Skrin akan memaparkan hasil carian anda, iaitu semua jenis barangan syampu yang berdasarkan kepada kata kunci shampoo.
- Pilih barang yang anda mahu. Pada rajah barang tersebut, tertera juga maklumat lain seperti nama barangan, harga, diskaun berserta harga asal barangan tersebut, paparan ikon Free (sekiranya ada) yang mewakili kos penghantaran percuma (free Cash On Delivery), serta rating barangan tersebut yang diletakkan oleh pembeli-pembeli barangan tersebut.
- Tekan pada barang yang anda mahu. Kemudian, anda boleh melihat lebih banyak maklumat mengenai barangan. Tekan pada tab Ratings, Product Details dan Recommendation ataupun Overview sebelum membuat keputusan anda ingin membeli barang ini atau tidak.
- Jika anda bersetuju untuk membeli barang ini, tekan Add To Cart. Anda kemudiannya boleh memilih barangan lain untuk dibeli, kerana Lazada membenarkan pesanan yang mengandungi lebih daripada satu barangan.
- Setelah selesai memilih barangan, tekan butang Cart di bawah skrin untuk melihat semua barangan yang anda telah pilih.
- Untuk membeli semua barangan, tick pada All di bahagian bawah skrin. Jika ingin memilih sesetengah atau satu sahaja, tick pada bulatan untuk setiap barang yang anda ingin beli.
- Kemudian, tekan butang Check Out.
- Pada laman seterusnya di Check Out, anda akan dapat melihat maklumat pesanan anda. Semak semula maklumat ini seperti nama anda, alamat anda, nombor telefon anda, dan juga emel anda.
- Setelah selesai, tekan Place Order.
- Pada laman seterusnya, di Select Payment Method, anda boleh memilih cara pembayaran anda, sama ada menggunakan Lazada Wallet, Credit/Debit Card, BDO Credit Card Installment, GCash, online banking (mengikut gambar bank yang tertera) ataupun Cash On Delivery. Untuk Lazada Wallet, beberapa cara pembayaran boleh digunakan, termasuk membuat pembayaran di 7-Eleven.
- Misalnya, sekiranya anda memilih Cash On Delivery, anda akan dapat melihat sedikit kenyataan daripada Lazada mengenai tatacara pembayaran secara Cash On Delivery. Tekan Confirm Order.
- Pesanan anda berjaya. Pada laman seterusnya, dimaklumkan jumlah yang anda perlu sediakan semasa hari penghantaran barang anda.
- Anda boleh menekan TRACK ORDER untuk melihat pesanan anda. Diterangkan juga tarikh barangan anda akan tiba di alamat anda.
- Pada login yang seterusnya, untuk melihat pesanan anda, tekan My Accounts di bahagian atas skrin. Kemudian, tekan My Orders untuk melihat pesanan anda.
- Anda boleh juga memilih pembelian secara online banking, dan pilih akaun online banking yang tertera seperti Maybank2U ataupun CIMB Clicks. Tekan pilihan ini dan ikuti segala prosedur yang tertera untuk menyelesaikan transaksi online banking
- Pembelian anda selesai.
Siap! Senang sahaja nak shopping di Lazada ini. Sistemnya lebih kurang sama sahaja dengan shopping. Apa yang paling best sekali adalah kita boleh lihat proses semasa barangan yang kita order. Pembayaran juga mudah dengan pelbagai inisiatif yang ada untuk membuat bayaran.
Tapi kalau anda ada idea untuk mulakan bisnes di Lazada pula anda boleh dapatkan panduan di bawah. Ianya panduan lengkap untuk sesiapa sahaja memulakan bisnes di Lazada.
PANDUAN MULAKAN BISNES LAZADA
Panduan ini dihasilkan untuk membantu anda yang mahu menjual di Lazada supaya anda tidak menanggung rugi seperti mana yang pernah penulis alami dulu sewaktu mula-mula menjual produk di Lazada. Di dalam ebook ini, beliau terangkan satu demi satu langkah-langkah untuk melisting barang dan memproses order secara betul di Lazada.
Pepatah inggeris ada menyebut, Don’t Reinvent the Wheel. Anda tidak perlu bersusah payah untuk cuba jaya sendiri dan mencari-cari cara yang tepat untuk menjual barang di Lazada. Semuanya sudah diterangkan dan dijelaskan di dalam panduan ini.
Anda hanya perlu ikut & tiru saja. Belajar dari kesalahan orang lain, adalah lebih murah dan mudah daripada belajar dari kesalahan diri sendiri.
Anda boleh baca lanjut mengenai panduan ini melalui pautan berikut Cara Mudah Berniaga Di Lazada, Boleh Buat Di Rumah Sahaja