Cara Daftar Bantuan Ibu Tunggal Online Serta Kelebihan Yang Bakal Diterima
Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pelan PENJANA, golongan ibu tunggal akan menerima bantuan sekali beri atau one-off sebanyak RM300 bagi meringankan beban golongan tersebut berdepan impak COVID-19.
Baca juga: Bantuan RM300 One Off Untuk Ibu Tunggal, OKU. Terima Sebelum Raya Aidiladha
Namun bagi melayakkan penerimaan bantuan tersebut, ibu tunggal mestilah berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Apabila ibu tunggal berdaftar di bawah JKM, banyak kelebihan yang mereka dapat sebenarnya. Bukan setakat bantuan ini sahaja, ramai yang tidak tahu bantuan lain yang bakal diterima.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara mendaftar di bawah JKM dan kelebihan yang bakal diterima oleh ibu tunggal jika berdaftar dengan JKM.
Isi Kandungan
CARA DAFTAR IBU TUNGGAL ONLINE DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT JKM
Untuk mendaftar sebagai ibu tunggal di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), anda boleh dapatkan borang permohonan di sini.
Download borang berikut, lengkapkan dan hadir ke pejabat JKM terdekat bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan.
Dokumen Sokongan Daftar Ibu Tunggal:
Berikut adalah dokumen yang perlu dibawa bersama untuk membuat pendaftaran JKM:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Kad Pengenalan/MyKid/Sijil Kelahiran ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan sijil kematian/ penceraian
- Pengesahan rawatan dari hospital atau klinik kesihatan kerajaan (jika berkaitan)
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikan/ surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
- Laporan dari agensi lain yang berkaitan (AADK/Polis/Penjara)(jika berkaitan)
- Salah satu bil utiliti seperti air/ elektrik/ telefon/ Astro atau lain-lain (untuk pengesahan alamat)
- Kertas cadangan projek dan sebut harga barang (bagi permohonan bantuan geran pelancaran)
- Pengesahan rawatan/surat sokongan/ syor daripada doktor/ pakar perubatan dan sebut harga barang (bagi permohonan bantuan alat tiruan/ sokongan)
Setelah hantar borang permohonan dan dokumen sokongan di atas, anda perlu tunggu kelulusan oleh pihak JKM. Pihak JKM akan menghubungi anda jika permohonan anda diluluskan.
KELEBIHAN IBU TUNGGAL BERDAFTAR DENGAN JKM
Bantuan ekasih
Semakan penerima ekasih boleh dibuat DI SINI. Rakyat Malaysia dan ibu tunggal yang tinggal di bandar tetapi pendapatan sebulan kurang daripada RM1,500 sebulan adalah layak untuk mendaftar dan membuat permohonan e-kasih bantuan bulanan atau one-off.
Untuk mendaftar permohonan baru, anda boleh terus ke pautan berikut:
Bantuan Orang Tua RM300 Sebulan
Bantuan ini diberikan kepada ibu tunggal yang telah berusia 60 tahun ke atas. Golongan yang layak untuk dipertimbangkan akan menerima Bantuan Orang Tua iaitu RM 300 sebulan. Ia bagi membolehkan warga tua tersebut dapat terus tinggal dalam sesebuah komuniti serta meneruskan kehidupan seperti biasa.
Jika anda mendaftar JKM sekarang, kelak anda juga akan mendapat manfaat bulanan ini.
Bantuan Geran Pelancaran (GP) Maksima RM2,700
JKM juga menyediakan Bantuan Geran Pelancaran kepada kumpulan sasar bagi membolehkan mereka yang berpotensi untuk maju memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Bantuan ini sebagai galakan kepada penerima bantuan untuk meningkatkan taraf hidup mereka tanpa perlu bergantung kepada bantuan kerajaan.
Geran ini diberikan secara sekaligus dengan nilai maksima RM 2,700 sahaja kepada ibu tunggal yang berdaftar dengan JKM.
Skim Bantuan Kredit/ Pinjaman Dari NGO
Beberapa syarikat lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut sama – sama membantu golongan ibu tunggal dengan menyediakan pelbagai kemudahan serta pembiayaan kredit bagi golongan ini dapat meneruskan kehidupan serta dapat meningkatkan taraf pendapatan mereka.
Antara NGO yang terlibat dalam kemudahan bantuan ini adalah seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Yayasan Tekun Nasional (TEKUN), Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Program e-Kasih yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.
Program KWSP i-Suri
Insentif i-Suri adalah skim bantuan bagi menggalakkan para suri rumah untuk mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan ditimpa musibah seperti penceraian, kematian suami, hilang upaya dan lain-lain.
Untuk membuat pendaftaran bantuan i-Suri layari pautan berikut:
Bantuan Kanak-kanak (BKK)
Bantuan ini layak diterima oleh keluarga yang sedang menjaga anak berumur 18 tahun dan ke bawah, masih bersekolah, anak yatim/ yatim piatu serta kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa/ penjaga yang tiada mata pencarian/ uzur/ cacat/ ibu tunggal.
Bantuan ini diberikan selama 12 bulan dengan jumlah minima RM100 sebulan untuk seorang anak dan jumlah maksima sebanyak RM450 sebulan untuk keluarga yang mempunyai lebih 4 orang kanak-kanak.
Permohonan bantuan ibu tunggal ini boleh dibuat di semua cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan mestilah didaftarkan terlebih dahulu dan siasatan kes akan dilakukan untuk mengesahkan permohonan.
Bagi mendapatkan bantuan dari pihak NGI pula, pemohon perlu mengemukakan permohonan terus ke agensi yang berkenaan dengan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang masih tidak tahu kelebihan yang boleh ibu tinggal terima melalui JKM.