Cuti Akhir Tahun Persekolahan Sehingga 20 Januari 2021
Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Jidin telah membuat kenyataan semasa Penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah YDP Agong di Parlimen sebentar tadi berkenaan cuti akhir tahun persekolahan. Menurut beliau, pihak kementerian menetapkan pembukaan persekolahan lebih lewat berdasarkan Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021.
TARIKH CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN
Menurut kenyataannya pada hari ini, cuti akhir tahun persekolahan adalah bermula 19 Disember 2020 sehingga 20 Januari 2021. Ini bermakna, cuti persekolahan bagi 2020 akan diteruskan sehingga sekolah dibuka pada 20 Januari 2021.
Apabila kita mengumumkan cuti dipendekkan untuk 2020, kita merancang sesi persekolahan 2021 perlu dilewatkan – Dr Mohd Radzi
Pindaan terhadap pembukaan penggal pertama persekolahan itu dilakukan susulan pandemik COVID-19
Seperti yang dimaklumkan pada 1 Julai lalu, KPM akan menyediakan Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan 2021 dengan mengambil kira pelbagai aspek yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pindaan takwim 2020 dengan memaksimumkan tempoh hari persekolahan dan mengurangkan cuti akhir tahun adalah selari dengan rancangan melewatkan permulaan persekolahan 2021 kerana Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula lewat.