Ini Cara Claim RM600 Dari PERKESO Jika Majikan Paksa Anda Ambil Cuti Tanpa Gaji

Penularan wabak Covid-19 menjadi impak yang besar buat seluruh dunia tidak terkecuali negara kita. Antara kesan ketara akibat penularan wabak ini adalah ramai yang kehilangan kerja selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan. Ini adalah kerana banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar akibat mengalami kerugian yang besar.

Tidak cukup dengan pembuangan pekerja, ada juga pekerja yang dipaksa untuk mengambil cuti tanpa gaji. Sekiranya anda tergolong dalam golongan ini, sebenarnya anda boleh tuntut bantuan RM600 daripada PERKESO menerusi Program Pengekalan Pekerjaan (ERP).

Ikuti perkongsian di bawah untuk info lanjut mengenai ERP dan cara membuat tuntutan RM600 jika anda dipaksa cuti tanpa gaji.

SYARAT MOHON BANTUAN KEWANGAN PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP)

ERP menyediakan bantuan kewangan sementara sebanyak RM600 sebulan pada kadar rata untuk tempoh maksimum 6 bulan kepada mana-mana pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan berikut :-

  1. Semua majikan sektor swasta yang menggaji pekerja termasuk pekerja sambilan dan telah berdaftar serta sedang mencarum dengan SIP yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah sahaja layak diliputi dalam Program ERP.
  2. Pekerja yang telah diberhentikan kerja, pekerja di sektor awam, mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers, pekerja asing dan pegawai dagang tidak diliputi di bawah program ERP.
  3. Tempoh permulaan liputan Program ERP kepada majikan adalah ke atas mereka yang telah mengeluarkan notis CTG kepada pekerja mulai 1 Mac 2020 sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan oleh PERKESO.

INFO PENTING BANTUAN KEWANGAN ERP

Berikut adalah perkara-perkara penting lain yang perlu anda tahu untuk penuhi syarat permohonan:

  1. Kadar bayaran bantuan kewangan adalah bergantung kepada tempoh notis mula CTG. Sekiranya tarikh notis mula CTG adalah sebulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, bayaran mengikut kadar rata sebanyak RM600 sebulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terlibat.
  2. Sekiranya tempoh notis mula CTG adalah dua (2) bulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, bayaran mengikut kadar rata sebanyak RM600 bagi setiap bulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terlibat membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1,200.
  3. Jumlah kelayakan bagi setiap satu permohonan tempoh notis mula CTG adalah antara 1 bulan hingga maksimum jumlah 6 bulan bergantung kepada notis mula CTG yang dikeluarkan oleh majikan sama ada secara sekali gus atau berturutan.
  4. Majikan yang telah menerima peruntukan bayaran ERR daripada PERKESO secara bulanan, adalah bertanggungjawab untuk mengkreditkan bayaran bulanan sebanyak RM600 ke dalam akaun bank pekerja yang terlibat dalam masa 7 hari dan i tarikh bayaran yang diterima daripada PERKESO
  5. Majikan yang mengemukakan apa-apa maklumat palsu, tidak benar atau mengelirukan kepada PERKESO atau majikan yang gagal untuk menyalurkan bayaran bulanan tersebut kepada pekerja, boleh menyebabkan permohonan berikutnya digantung dan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas majikan.

Ini Cara Claim RM600 Dari PERKESO Jika Majikan Paksa Anda Ambil Cuti Tanpa Gaji

Baca juga: Ini Hak Pekerja Bergaji RM2000 Ke Atas Jika Dibuang Kerja, Dipotong Gaji dan Diberi Cuti Tanpa Gaji

CARA MOHON BANTUAN KEWANGAN ERP RM600

Setiap permohonan hendaklah dikemukakan secara online atau melalui borang permohonan yang dikemukakan kepada mana-mana pejabat PERKESO oleh majikan bagi pihak pekerja yang terlibat dan majikan tersebut hendaklah bertanggungjawab untuk menyalurkan bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yang terlibat.

Majikan hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap dan melampirkan dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat. Permohonan yang lengkap boleh dihantar secara online.

Berikut adalah maklumat pekerja yang diperlukan untuk membuat tuntutan:

  • Nama Penuh Pekerja
  • Nombor Kad Pengenalan Warganegara Malaysia (No KPPPN)
  • Nama Jawatan (job title)
  • Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
  • Maklumat emel dan no telefon untuk dihubungi

Klik pautan berikut untuk membuat tuntutan RM600 melalui Program Pengekalan Pekerjaan (ERP):

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau hantar soalan melalui email ke alamat perkeso@perkeso.gov.my

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma