Calon Yang Mohon Pengambilan Khas Guru SPP, Pastikan Lengkap Semua Checklist Ini. Hanya Permohonan Yang Lengkap Akan Dipertimbangkan

Pasti ramai kan graduan yang mohon pengambilan khas calon guru yang dibuka sehingga 18,702 kekosongan? Maklumlah, ramai betul yang minat nak jadi cikgu! Bagi yang telah atau akan buat permohonan calon guru, pastikan permohonan anda adalah LENGKAP selewat-lewatnya 21 Julai 2021. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan dipertimbangkan.

Ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan agar permohonan anda lengkap. Sebelum itu, baca dulu Maksud Pengambilan Guru Secara One-Off. Dah tahu maksudnya, anda dah boleh hantar permohonan jawatan guru bagi mata pelajaran / opsyen yang anda mahu.

Semak checklist tindakan yang perlu anda lakukan untuk melengkapkan permohonan guru SPP di perkongsian bawah.

CHECKLIST PERMOHONAN CALON KHAS GURU SPP

1) Semak Senarai Opsyen & Syarat Kelayakan

Sebelum mohon, kenalpasti dulu senarai opsyen atau mata pelajaran yang ditawarkan dan syarat kelayakan bagi setiap opsyen. Calon dinasihatkan untuk mohon opsyen yang sesuai dengan kelayakan akademik masing-masing supaya permohonan akan berjaya. Semak di sini:

2) Buat Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 di MySPP

Dah tentukan opsyen mana yang sesuai dengan kelayakan anda? Jika sudah, anda boleh mula buat permohonan jawatan khas guru dengan membuat permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 melalui mySPP. Sebelum mohon, daftar akaun dahulu:

DAFTAR AKAUN MYSPP

Dah daftar akaun myspp, anda boleh mohon sekarang ikut panduan berikut:

3) Muat Turun Sijil Pengiktirafan MQA

Semua calon WAJIB muat turun sijil pengiktirafan MQA bagi program pengajian masing-masing bagi melengkapkan dokumen yang akan dihantar. Bagi yang belum semak dan muat turun, anda boleh buat secara online sahaja dengan mudah dan terus muat turun di sini:

4) Scan Semua Dokumen Yang Diperlukan

Sediakan semua dokumen yang diminta dan imbas (scan). Senarai dokumen yang lengkap perlu dihantar boleh disemak di sini:

Semua dokumen yang diimbas mestilah dinamakan mengikut format yang ditetapkan oleh SPP. Anda boleh rujuk format namakan dokumen yang betul di sini:

5) Buat Palang Setiap Dokumen

SEMUA dokumen yang diimbas termasuk sijil pengiktirafan MQA mestilah dibuat palang dua garis “untuk kegunaan SPP sahaja”. Ini adalah arahan SPP, pastikan anda buat ya! Bagi yang tak tahu, anda boleh buat guna Microsoft Word dengan mudah ikut panduan berikut:

6) Upload Dokumen Ke Dalam Google Drive

Dah buat palang SEMUA dokumen yang diimbas tadi? Jika sudah, pastikan anda satukan semua dokumen dalam 1 folder dan muat naik ke dalam Google Drive. Rujuk panduan berikut:

Dah muat naik di Google Drive dan salin link tersebut, pastikan anda hantar link bersama permohonan opsyen melalui email.

Baca juga: Langkah Penyerahan Dokumen Penting Guru SPP

7) Buat Permohonan Opsyen Melalui Email

Langkah terakhir adalah buat permohonan opsyen melalui email mengikut format yang BETUL seperti ditetapkan oleh SPP. Pastikan anda hantar bersama link Google Drive ke dalam email permohonan ini. Boleh rujuk format email yang betul dan panduan permohonan opsyen melalui email di bawah:

Dah buat semua checklist di atas? Tahniah! Permohonan anda telah berjaya dihantar dengan sempurna. Calon akan menerima pengesahan melalui email masing-masing daripada pihak SPP jika semua permohonan anda telah lengkap.

Tahu tak, calon TIDAK boleh memilih penempatan sekolah di negeri masing-masing dan TIDAK akan ditempatkan di negeri kelahiran? Boleh baca info penting pengambilan guru SPP lebih lanjut DI SINI.

Calon yang disenaraipendek akan dipanggil temuduga pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti. Untuk persediaan, anda boleh semak Kaedah Temuduga dan Kriteria Penilaian Guru Khas SPP jika nak lulus dengan mudah. Temuduga adalah secara online melalui CISCO WEBEX. Anda dah boleh DAFTAR AKAUN CISCO WEBEX sekarang.

Semoga bermanfaat!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma