Cara Cetak Penyata Maybank Sendiri Secara Online
Nak mohon pinjaman peribadi atau pinjaman untuk pembelian rumah atau kereta? Setiap urusan permohonan pinjaman pasti akan memerlukan pemohon sediakan penyata atau statement bank sebagai bukti urusan transaksi dalam akaun bank.
Sebenarnya nak dapatkan penyata bank ni tak susah pun. Tak perlu pergi ke kaunter bank pun, boleh lakukan di rumah sahaja. Bagi pemegang akaun Maybank, apa yang perlu anda ada adalah akaun Maybank2u.
Bila dah ada Maybank2u, anda boleh cetak penyata Maybank anda dengan mudah. Lihat cara cetak penyata Maybank di perkongsian bawah.
CARA PRINT PENYATA MAYBANK
Berikut adalah langkah-langkah cetak/ print penyata Maybank secara online:
- Pergi ke laman web maybank2u.com.my dan log in seperti biasa menggunakan username dan password.
- Anda akan masuk ke laman dashboard Maybank2u. Klik pada jumlah tersebut
- Pilih menu All Transaction History. Tetapkan tempoh penyata yang anda mahu lihat (Last 30 Days/ Last 60 Days/ Last 9 Days). Klik VIEW STATEMENT
- Setelah penyata Maybank anda dipaparkan, klik simbol Save
- Dah simpan, anda boleh terus cetak keluar penyata maybank anda
Bagi yang tidak mempunyai akaun Maybank2u, anda boleh daftar sekarang secara online dengan mudah. Pelbagai kemudahan disediakan melalui Maybank2u seperti pemindahan wang, semakan baki, pembayaran bill dan sebagainya.
Kenapa nak susah-susah berurusan di luar sedangkan anda boleh lakukan di rumah sahaja? Daftar akaun Maybank2u anda sekarang di sini: