Cara Cetak Penyata CIMB Bank Secara Online Dengan Mudah

Nak mohon pinjaman peribadi atau pinjaman untuk pembelian rumah atau kereta? Setiap urusan permohonan pinjaman pasti akan memerlukan pemohon sediakan penyata atau statement bank sebagai bukti urusan transaksi dalam akaun bank.

Sebenarnya nak dapatkan penyata bank ni tak susah pun. Tak perlu pergi ke kaunter bank pun, boleh lakukan di rumah sahaja. Bagi pemegang akaun CIMB Bank, apa yang perlu anda ada adalah akaun CIMBCLICKS.

Pemegang akaun Maybank juga boleh cetak penyata Maybank anda dengan mudah, secara online sahaja! Rujuk DI SINI.

Bila dah ada CIMBCLICKS, anda boleh cetak penyata CIMB anda dengan mudah. Lihat  cara cetak penyata CIMB Bank di perkongsian bawah.

CARA CETAK / PRINT PENYATA BANK CIMB ONLINE

Anda boleh dapatkan penyata bank CIMB / eStatement melalui 2 cara iaitu dengan muat turun daripada laman web ataupun melalui email daripada CIMB. Ikut langkah berikut:

Print Penyata eStatement CIMB Melalui CIMBCLICKS

  1. Log masuk ke akaun CIMBCLICKS anda di www.cimbclicks.com.my
    Cara Cetak Penyata CIMB Bank Secara Online Dengan Mudah
  2. Klik pada menu Services
    Cara Cetak Penyata CIMB Bank Secara Online Dengan Mudah
  3. Pilih eStatement
  4. Klik View Statement
    Cara Cetak Penyata CIMB Bank Secara Online Dengan Mudah
  5. Pilih bulan yang anda mahu cetak
    Cara Cetak Penyata CIMB Bank Secara Online Dengan Mudah
  6. Download penyata bank yang dipaparkan
  7. Cetak fail penyata bank CIMB yang anda download tadi
    Cara Cetak Penyata CIMB Bank Secara Online Dengan Mudah

Selesai!

Cara Dapatkan Penyata Bank CIMB Melalui Email

  1. Log masuk ke akaun CIMBCLICKS di pautan www.cimbclicks.com.my
    Cara Cetak Penyata CIMB Bank Secara Online Dengan Mudah
  2. Pilih menu Services
  3. Klik pada Email Statement Delivery
  4. Masukkan alamat email dan password dengan lengkap
  5. Pilih Yes untuk menerima Terma & Syarat
  6. Klik I Agree & Confirm
  7. Buat pengesahan TAC dan klik Confirm

Pihak CIMB akan emailkan penyata yang anda mohon terus ke alamat email yang anda masukkan. Mudah kan? Dengan kemudahan online yang ada sekarang, semuanya di hujung jari tanpa perlu berurusan di kaunter lagi.

Tidak mengambil masa yang lama pun untuk cetak penyata Bank CIMB secara online. Anda boleh cuba sekarang!

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Cara Cetak Penyata Maybank Secara Online

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma