Ramai Majikan Guna ATS Untuk “Scan” Resume Calon,  Ini Cara Cek Resume Anda ATS Friendly Atau Tidak

Pernah tak anda mohon pelbagai kerja tetapi tak pernah dapat sebarang panggilan temuduga? Ramai tak tahu sebenarnya majikan menggunakan software Applicant Tracking System (ATS) atau Sistem Pengesanan Pemohon untuk “scan” resume calon. Jika anda mohon banyak kerja tetapi tak dapat sebarang panggilan, berkemungkinan resume anda telah “disingkirkan” oleh ATS ini.

ATS adalah perisian yang diguna pakai oleh majikan atau agensi bagi memudahkan proses pengambilan pekerja. ATS digunakan untuk mengumpul, mengimbas, dan menyusun pemohon mengikut turutan kelayakan. Pada awalnya, perisian ini dibangunkan untuk syarikat-syarikat besar yang menerima beribu permohonan pekerjaan setiap minggu. Kini, perisian ini tidak lagi asing bagi syarikat kecil dan agensi pengambilan pekerja.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui bagaimana ATS berfungsi dan panduan buat tips buat resume yang boleh melepasi tapisan ATS.

APPLICANT TRACKING SYSTEM (ATS)

ATS adakah:

  • Perisian yang digunapakai oleh majikan atau agensi bagi memudahkan proses pengambilan kerja tanpa perlu melakukannya secara manual
  • ATS juga digunakan untuk mengumpul, mengimbas dan menyusun permohonan kerja menikut turutan kelayakan pemohon

Ia berfungsi dengan:

  • Mengimbas kata kunci dalam resume pemohon dan memadankan dengan kata kunci yang telah diprogramkan untuk menentukan kelayakan pemohon.
  • ATS akan menyingkir pemohon yang kurang atau tidak layak bagi membantu majikan atau agensi memberikan tumpuan yang lebih kepada pemohon yang benar-benar layak dengan jawatan yang ditawarkan serta menjimatkan masa dalam proses pengambilan pekerja.

5 SEBAB UTAMA RESUME DISINGKIRKAN ATS

Terdapat 5 sebab utama resume disingkirkan iaitu:

  • Menggunakan template resume yang tidak sesuai seperti terlalu banyak imej, ikon, carta dan grafik.
  • Maklumat peribadi seperti nama, alamat dan nombor telefon diletakkan pada header atau footer dalam dokumen Microsoft Word.
  • Tiada kata kunci yang spesifik seperti yang diprogramkan oleh majikan.
  • Menggunakan singkatan seperti BSc. Hons bagi Bachelor of Science Honours.
  • Menggunakan format fail yang tidak bersesuaian dengan ATS seperti PDF.

CARA CEK RESUME ATS FRIENDLY ATAU TIDAK

Macam mana nak tahu resume anda ATS friendly atau tidak? Ini cara semak:

  1. Pergi ke pautan https://skillroads.com/
  2. Seterusnya klik CHECK YOUR RESUME dan muat naik resume anda.
  3. Akhir sekali klik GET REPORT untuk dapatkan score resume anda.
  4. Score resume anda akan dipaparkan.

     
  5. Kalau score yang anda dapat kurang memuaskan, buat penambahbaikan dan update resume anda kalau anda betul-betul nak dapatkan kerja yang diidamkan.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma