PDRM Tubuhkan CCID SRC: Kemudahan Buat Aduan Penipuan Panggilan Macau Scam
Semakin banyak jenayah penipuan menggunakan panggilan atau popular dengan gelaran Macau Scam dilaporkan. Jutaan ratus ringgit telah lebih daripada pelbagai peringkat usia dan bangsa akibat penipuan ini. Penjenayah pula mengambil kesempatan atas kemudahan panggilan internet atau VOIP untuk menyembunyikan identiti.
Bagi mengatasi masalah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah aktif dengan menubuhkan pusat sehenti CCID Scam Response Centre, atau Pusat Tindakan Penipuan CCID.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kemudahan disediakan dan bagaimana cara gunakan kemudahan tersebut.
Isi Kandungan
KEMUDAHAN CCID SCAM RESPONSE CENTRE
Orang ramai boleh berhubung dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil bagi membuat pertanyaan-pertanyaan berkaitan jenayah tipu panggilan atau macau scam.
Berikut adalah fungsi one stop centre CCID Scam Response Centre:
- Pusat ini berfungsi sebagai penerima maklumat pertama kejadian penipuan daripada mangsa atau mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan macau scam
- Membantu mendapatkan pengesahan oleh mereka yang menerima panggilan penipuan sama ada panggilan yang mereka terima benar-benar daripada Jabatan Kerajaan atau panggilan daripada kegiatan scam
Ini kerana sindiket penipuan sering menyamar sebagai pihak berkuasa seperti Polis, SPRM, Mahkamah, Kastam, Bank dan sebagainya, untuk memperdaya dan menakut-nakutkan mangsa. Jadi, hubungi talian CCRID untuk sahkan panggilan tersebut penipuan atau bukan.
TALIAN CCID SRC
Untuk menggunakan kemudahan aduan berkaitan macau scam, anda boleh buat aduan di one stop centre CCID SRC seperti berikut:
- Talian: 03- 26101559 / 1599
- Masa Operasi: 8:00 pagi hingga 8:00 malam
Sepanjang tahun 2019, PDRM merekodkan 5,725 laporan kes dengan kerugian sebanyak melebihi RM250 juta. Untuk tahun 2020 pula, sejumlah 6,003 kes dilaporkan dan jumlah kerugian lebih tinggi, hampir RM290 juta. Bagi tahun ini sahaja sehingga 24 Mac 2021, PDRM menerima 1,392 laporan kes dan kerugian sebanyak RM38 juta.
Dengan ini, masyarakat digalakkan untuk sentiasa menghubungi CCID Scam Response Centre bagi bertanyakan sebarang panggilan yang meragukan. Ia juga boleh dihubungi untuk membuat laporan jika terdapat maklumat tentang penipuan panggilan.