Nama Anak Terlalu Panjang? Ini Cara Pendekkan Nama Di JPN

Persekolahan sesi 2021 telah bermula sejak awal Mac lalu. Pelbagai kisah dan gelagat pelajar sekolah tular di media sosial. Terdapat juga kisah berkaitan nama murid yang dikatakan terlalu panjang sehinggakan pemilik nama sendiri pun perlu ambil masa dan penat nak tulis nama sendiri!

Sebenarnya nama anak yang terlalu panjang ini bukan satu perkara yang perlu dibanggakan. Perkara ini hanya akan menyebabkan anak mengalami kesusahan bukan sahaja di sekolah, malah pada masa akan datang. Tahu tak, anda sebenarnya boleh tukar nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan mudah?

Bagi yang tak tahu, ikuti perkongsian di bawah untuk panduan pendekkan nama anak di JPN.

SYARAT PERMOHONAN

Pemohon mestilah memenuhi syarat berikut untuk membuat permohonan pendekkan nama di JPN:

  • Pemohon adalah ibu atau bapa kandung kanak-kanak
  • Penjaga kanak-kanak yang sah
  • Prosedur Permohonan Untuk Pendekkan Nama Anak
  • Hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negera di seluruh Semenanjung Malaysia dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dibawa bersama untuk buat permohonan pendekkan nama anak di JPN.

Dokumen kanak-kanak (asal dan salinan) Borang JPN.LM21 yang lengkap:

  • Surat Akuan Sumpah JPN.LM22 dan JPN LM07
  • Borang Maklumat Keluarga BMK81
  • Borang MyKid
  • Sijil Kelahiran Kanak-kanak (asal dan salinan)
  • Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan salinan)
  • Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak* jika ada (asal dan salinan)

Dokumen ibu dan bapa (asal dan salinan):

  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan)
  • Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan
  • Wang bayaran

KADAR BAYARAN

Kadar bayaran dikenakan untuk permohonan pendekkan nama di JPN adalah:

  • Fi permohonan: RM5
  • Fi. Cabutan Sijil kelahiran: RM50

CARA MOHON PENDEKKAN NAMA DI JPN

Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan pendekkan nama di JPN:

  1. Sediakan dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas
  2. Sediakan jumlah bayaran yang dikenakan
  3. Hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negera di seluruh Semenanjung Malaysia dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan

Contoh permohonan pendekkan nama anak yang telah berjaya:

Nama Anak Terlalu Panjang? Ini Cara Pendekkan Nama Di JPN Nama Anak Terlalu Panjang? Ini Cara Pendekkan Nama Di JPN

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma