Cara Semak Tracking Skynet Secara Mudah dan Pantas

Penghantaran barangan ke rumah kini lebih mudah dan  pantas sekarang dengan adanya pelbagai perkhidmatan kurier barangan yang terdapat di Malaysia termasuk GDex, Pos Laju, City Link Express, DHL, J&T dan banyak lagi. Salah satu lagi perkhidmatan kurier yang ada di Malaysia ialah SkyNet.

Untuk pengetahuan anda, semakan status barangan anda yang menggunakan perkhidmatan SkyNet boleh disemak melalui atas talian sahaja dengan mudah dan pantas.

Kepada anda yang ada menggunakan perkhidmatan SkyNet, berikut dikongsikan cara menyemak tracking SkyNet dengan mudah dan pantas di atas talian.

SEMAKAN SKYNET TRACKING ONLINE

Sama seperti perkhidmatan semakan tracking number Pos Laju, anda juga boleh membuat semakan status barangan anda dengan SkyNet secara online. Sistem tracking SkyNet online ini membolehkan anda untuk tracking atau jejaki barang yang dihantar dengan mudah dengan adanya maklumat tarikh barang dihantar beserta dengan maklumat seperti proses penghantaran barangan ada dipaparkan.

Kemudahan semakan status barangan yang dihantar hanya melalui atas talian memudahkan pengguna untuk mengetahui status barang tanpa datang ke pejabat untuk mendapatkan status penghantaran. Ianya sudah pastinya akan menjimatkan masa penguna.

CARA SEMAK SKYNET TRACKING SECARA ONLINE

Berikut adalah cara membuat semakan e-tracking untuk pesanan SkyNet secara online yang mudah dan pantas.

  1. Layari Laman Semakan SkyNet di SkyNet Online
  2. Masukkan tracking number atau Airway Bill Number (AWB) di ruangan kosong yang disediakan
    Cara Semak Tracking Skynet Secara Mudah dan Pantas
  3. Anda boleh dapatkan tracking number/AWB daripada individu yang menghantar barangan anda. AWB tertera di atas sebelah kanan parcel.
    Cara Semak Tracking Skynet Secara Mudah dan Pantas
  4. Setelah masukkan nombor tracking anda, klik butang “TRACK”
  5. Maklumat atau status penghantaran barangan anda akan dipaparkan.
    Cara Semak Tracking Skynet Secara Mudah dan Pantas

MAKLUMAT LANJUT SKYNET TRACKING

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tracking SkyNet, anda boleh membuat panggilan ke SkyNet Customer Service di talian 03- 56239090 atau emel ke skynethq@skynet.com.my.

Semoga perkongsian cara semak tracking SkyNet ini bermanfaat buat semua pengguna perkhidmatan syarikat SkyNet. Kini semuanya sungguh mudah dengan adanya perkhidmatan semakan online yang menjmatkan masa. Semuanya hanya dihujung jari.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma