Cara Semak Baki Loan AEON Credit Di Rumah Sepanjang PKP

Kini sangat mudah untuk mendapatkan pinjaman wang, pinjaman motosikal dan juga beberapa barangan elektronik. Kerana kini terdapat begitu banyak syarikat kewangan yang menawarkan banyak kemudahan bagi kita semua, seperti kredit motor dan sebagainya. Salah satu syarikat yang paling terkenal di Malaysia ialah AEON.

Jika anda terikat dengan kontrak AEON, tentunya anda wajib bayar pinjaman anda setiap bulan. Namun menjadi perkara biasa si peminjam lupa untuk membayar ansuran beberapa kali dan berapa baki ansuran yang perlu dibayar

Tidak perlu risau, sepanjang PKP ini, anda boleh menyemak baki loan anda di rumah sahaja dengan menggunakan telefon pintar anda. Ikuti perkongsian di bawah.

CARA SEMAK BAKI LOAN AEON KREDIT DI RUMAH

Berikut adalah panduan membuat semakan baki pinjaman AEON secara online dan juga SMS.

1. Semakan Melalui Online

Jika anda mempunyai akaun di laman AEON kredit, anda boleh membuat semakan terus dengan login ke akaun anda di laman web utama  Login AEON Credit.

Dan sekiranya anda belum mempunyai akaun di laman AEON kredit, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di Register Member AEON Credit

Selepas membuat pendaftaran, anda boleh login seperti biasa dan semak baki pinjaman anda di laman tersebut. Nombor kad pengenalan adalah diperlukan semasa membuat pendaftaran akaun.

2. Semakan Melalui SMS

Untuk membuat semakan melalui SMS, ikuti langkah berikut:

Langkah 1

Dengan telefon bimbit yang sedia ada, masuk dalam aplikasi Messaging anda dan mula buka mesej baru.

Cara Semak Baki Loan AEON Credit Di Rumah Sepanjang PKP

Langkah 2

Tapi Code ringkas yang ditetapkan oleh AEON

Cara Semak Baki Loan AEON Credit Di Rumah Sepanjang PKP

Sebagai contoh: AEONKeyword (4-digit terakhir No.IC)

Panduan bagi inquiry Credit Card adalah seperti berikut:

Keyword:

  • Status Permohonan: AEON CCSTS 1234*
  • Baki tertunggak: AEON CCBAL 1234*
  • Amaun Bayaran Minima: AEON CCMIN 1234*
  • Limit Yang Ada: AEON CCAVA 1234*
  • Untuk mengaktifkan Kad: AEON CCACT 5678**1234*

**5578 = 4 digit terakhir nombor kad kredit

*1234 = 4 digir terakhir nombor IC atau passport

AEON-XPRESS Eady Payment/Personal Financing Inquiry.

Keyword:

  • Status Permohonan: AEON STS 1234*
  • Baki Tertunggak: AEON BAKI 1234*
  • Amaun Bayaran: AEON BAYAR 1234*
  • Tarikh Bayaran Terakhir: AEON AKHIR 1234*

Kadar dan caj:

  1. Caj biasa: Satu SMS dicaj RM0.15
  2. Kadar SMS yang standard akan dicaj untuk setiap SMS gagal yang diterima
  3. Kadar SMS yang standard adalah berdasarkan kepada khidmat rangkaian
Langkah 3

Hantarkan mesej code anda ke 63633

Cara Semak Baki Loan AEON Credit Di Rumah Sepanjang PKP

Itu sahaja caranya. Sangat mudah ya! Kini anda boleh semak baki pinjaman AEON Credit di rumah sahaja. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memudahkan urusan mengetahui jumlah baki pinjaman yang perlu anda bayar. Selamat mencuba!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma