Cara Pengiraan BSH Fasa 3 Yang Sepatutnya Anda Terima Berdasarkan Pendapatan & Jumlah Anak

Bila dah ramai pemohon terima bantuan BSH Fasa Ketiga yang mula diagihkan mulai 24 Julai 2020, ramai pula yang mengadu terima bantuan kurang daripada sepatutnya. Seperti yang kita tahu, setiap tingkat pendapatan terima bantuan berbeza-beza dan bantuan yang akan diterima bagi Fasa Ketiga adalah ditambah dengan bantuan tambahan RM120 setiap anak umur 18 tahun ke atas (maksima 4 orang).

Cara Pengiraan BSH Fasa 3 Yang Sepatutnya Anda Terima Berdasarkan Pendapatan & Jumlah Anak

Bagi yang masih keliru dengan jumlah bayaran yang diterima dan tidak faham bagaimana pengiraan sebenar, anda boleh semak cara membuat pengiraan di perkongsian bawah.

PENDAPATAN RM2,000 KE BAWAH

Jumlah keseluruhan BSH 2020 yang akan diterima oleh pemohon yang berpendapatan RM2,000 ke bawah adalah RM1,000 + RM100 = RM1,100 tidak termasuk bantuan tambahan RM120 setiap anak.

Sudah Terima BSH Fasa Pertama & Kedua

Bagi yang SUDAH TERIMA BSH Fasa Pertama dan Fasa Kedua akan dapat bayaran baki RM600 SAHAJA untuk Fasa Ketiga tidak termasuk bantuan anak. Jadi sekiranya ditambah dengan bantuan tambahan anak:

  • 1 anak = RM600 + RM120
  • 2 anak = RM600 + RM120 + RM120
  • 3 anak = RM600 + RM120 + RM120 + RM120
  • 4 anak = RM600 + RM120 + RM120 + RM120 + RM120

Belum Terima Fasa Pertama & Kedua

Bagi pemohon yang MASIH BELUM PERNAH terima bayaran BSH Fasa Pertama dan Kedua tetapi LAYAK terima Fasa Ketiga, akan menerima sebanyak RM1,100 bantuan tidak termasuk bantuan tambahan anak. Sekiranya ditambah dengan bantuan tambahan anak:

  • 1 anak = RM1,100 + RM120
  • 2 anak = RM1,100 + RM120 + RM120
  • 3 anak = RM1,100 + RM120 + RM120 + RM120
  • 4 anak = RM1,100 + RM120 + RM120 + RM120 + RM120

PENDAPATAN RM2,001 HINGGA RM3,000

Jumlah keseluruhan BSH 2020 yang akan diterima oleh pemohon yang berpendapatan RM2,001 hingga RM3,000 adalah RM750 + RM100 = RM850 tidak termasuk bantuan tambahan RM120 setiap anak.

Sudah Terima BSH Fasa Pertama & Kedua

Bagi yang SUDAH TERIMA BSH Fasa Pertama dan Fasa Kedua akan dapat bayaran baki RM350 SAHAJA untuk Fasa Ketiga tidak termasuk bantuan anak. Jadi sekiranya ditambah dengan bantuan tambahan anak:

  • 1 anak = RM350 + RM120
  • 2 anak = RM350 + RM120 + RM120
  • 3 anak = RM350 + RM120 + RM120 + RM120
  • 4 anak = RM350 + RM120 + RM120 + RM120 + RM120

Belum Terima Fasa Pertama & Kedua

Bagi pemohon yang MASIH BELUM PERNAH terima bayaran BSH Fasa Pertama dan Kedua tetapi LAYAK terima Fasa Ketiga, akan menerima sebanyak RM850 bantuan tidak termasuk bantuan tambahan anak. Sekiranya ditambah dengan bantuan tambahan anak:

  • 1 anak = RM850 + RM120
  • 2 anak = RM850 + RM120 + RM120
  • 3 anak = RM850 + RM120 + RM120 + RM120
  • 4 anak = RM850 + RM120 + RM120 + RM120 + RM120

PENDAPATAN RM3,000 KE ATAS

Jumlah keseluruhan BSH 2020 yang akan diterima oleh pemohon yang berpendapatan RM3,000 ke atas adalah RM500 + RM100 = RM600 tidak termasuk bantuan tambahan RM120 setiap anak.

Sudah Terima BSH Fasa Pertama & Kedua

Bagi yang SUDAH TERIMA BSH Fasa Pertama dan Fasa Kedua akan dapat bayaran baki RM100 SAHAJA untuk Fasa Ketiga tidak termasuk bantuan anak. Jadi sekiranya ditambah dengan bantuan tambahan anak:

  • 1 anak = RM100 + RM120
  • 2 anak = RM100 + RM120 + RM120
  • 3 anak = RM100 + RM120 + RM120 + RM120
  • 4 anak = RM100 + RM120 + RM120 + RM120 + RM120

Belum Terima Fasa Pertama & Kedua

Bagi pemohon yang MASIH BELUM PERNAH terima bayaran BSH Fasa Pertama dan Kedua tetapi LAYAK terima Fasa Ketiga, akan menerima sebanyak RM600 bantuan tidak termasuk bantuan tambahan anak. Sekiranya ditambah dengan bantuan tambahan anak:

  • 1 anak = RM600 + RM120
  • 2 anak = RM600 + RM120 + RM120
  • 3 anak = RM600 + RM120 + RM120 + RM120
  • 4 anak = RM600 + RM120 + RM120 + RM120 + RM120

Semoga perkongsian ini dapat memberi penjelasan kepada penerima BSH yang masih keliru dengan jumlah bayaran yang diterima. Anda boleh baca Penjelasan LHDN Pemohon BSH Terima Kurang Dari Sepatutnya untuk maklumat lanjut.

Jika anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut, anda dinasihatkan untuk terus hubungi LHDN di talian 1 800 88 2747 atau terus pergi ke cawangan LHDN berdekatan anda.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma